Categories: Gaya Hidup

Nak Rambut Kepuk-Kepuk Tahan Lama, Praktikkan 4 Trik Ini

Memastikan rambut yang sudah diblow maintain kepuk-kepuk memang payah. Pastinya kecewa bukan, sesudah mengeluarkan belanja untuk mencantikkan rambut, akhirnya rambut kembali kepada keadaan asal selepas setengah jam keluar dari salun.

Namun dengan empat cara ini dapat membuatkan rambut kepuk kamu tahan lebih lama, seperti baru keluar dari salun. Cuba dulu tips ini mana tahu dapat membantu anda memiliki gaya rambut yang mempesona.

1. Gunakan getah rambut atau Scrunchie

Scrunchie adalah getah rambut yang terbuat dari kain baldu atau satin. Pilihlah getah rambut jenis ini untuk digunakan di rumah. Dibandingkan dengan getah biasa, scrunchie lebih longgar dan ikatannya tidak menyentap rambut terlalu kuat.

Sekiranya anda sedang berada di rumah dan tidak mahu rambut yang sudah diblow tadi rosak, ikatkannya dengan scrunchie dengan menyisir rambut kebelakang.

Foto: ohhidiy.com

2. Hair roller

Ini adalah salah satu cara klasik untuk menjaga rambut yang diblow bertahan lebih lama dengan memakai hair roller.

Lakukannya di waktu pagi sebelum ke bekerja atau kuliah. Gulungkan kesemua bahagian rambut anda dan biarkan selama 30 minit kemudian lepaskan dan sisirlah dengan jari.

Foto: kawaiibeautyjapan.com

3. Guna sarung bantal dari fabrik sutera

Sarung bantal juga boleh merosakkan keadaan rambut yang sudah diblow. Barangkali ramai yang tidak percaya dan menganggap hal ini keterlaluan namun percayalah sarung bantal diperbuat daripada fabrik sutera boleh memelihara rambutmu.

Kebaikan bahan sutera memungkinkan rambut untuk bergerak lebih bebas ketika tidur. Sekaligus mengelakkan rambut daripada flat atau penyet apabila bangun tidur.

Foto: eecashyaa.com

4. Menyentuh rambut

Salah satu sebab rambut yang diblow tidak tahan lama kerana kerap menyentuh rambut. Ini kerana apabila anda kerap menyentuh rambut ia menyebabkan stimulasi kepada kulit kepala sekaligus mendorong produksi minyak berlebihan.

Kalau kamu merasa akar rambutmu mulai berminyak, guna volumizing dry shampoo yang akan mengembalikan bentuk blow rambut anda.

Foto: mogujatosama

Yanie Baharom