Categories: Gaya Hidup

Air Milo Ais Campur Dengan Cheese Dan Durian? Sedap Ke? Jom Cuba

Sekarang ini, bukan sahaja makanan yang ada fusion, macam campuran masakan Thai dan Jepun. Untuk snek, biskut Oreo boleh dimakan dengan ais krim vanila; atau roti pula boleh disalut dengan peanut butter dan jem sekali. 

Air minuman pun boleh! Yang biasa kita dengar ialah air Ribena atau teh O ais dihidang dengan buah laici.

Gabungan-gabungan ini memang kena dan sedap. Tapi anda boleh bayangkan tak macam mana rasa air milo ais yang “kaw” bila bercampur dengan cheese dan durian?

Kalau berasingan, keju, milo dan durian sememangnya ramuan kegemaran bagi ramai orang. Tapi kalau digabungkan?

Kalau anda ingin tahu, restoran Cheese Banjir di Desa Pandan Kuala Lumpur telah mencipta sebuah minuman dengan menggunakan 3 ramuan ini.

Foto: Instagram Cheese Banjir

Menurut pemiliknya, keju memiliki rasa masin yang kena dengan rasa manis dalam air milo. Rasa durian yang berlemak pula akan melengkapkan lagi kombinasi minuman tersebut. Wah, nikmatnya!

Mula-mula air milo yang penuh coklat dan krim dimasukkan ke dalam gelas balang berisi ais. Kemudian keju parmesan dituangkan menjadi satu lapisan tebal di atas permukaan air milo tadi. Minuman itu kemudian dihidang dengan seulas durian kuning yang diletakkan di mulut balang itu.

Kalau anda tak minat air milo, boleh tukar dengan minuman jus buah-buahan atau pun kopi atau teh.

Bunyi macam sedap! Walau bagaimanapun, minuman Milo Kaw Cheese Durian ini telah menerima kritikan mula-mula ia dilancarkan. Tapi lama-kelamaan ia berjaya menawan hati pengunjung.

Jadi, anda perlu try sendiri untuk tentukan flavour minuman “hybrid” ini kena atau tidak ramuannya.

Restoran Cheese Banjir bertempat di Lot G10, G-Village, Jalan 1/76, Desa Pandan Kuala Lumpur dan beroperasi dari pukul 12 tengahari hingga 10.30 malam.

Sumber: Have Halal Will Travel

Ad Ops