Categories: Gaya Hidup

Bercitarasakan Lokal, Aiskrim Teh Tarik Resipi Wajib Dicuba Anda. Yummy!

“Your country is very hot!”, ungkapan atau gurauan sinakal sebegini biasa kita dengar dari orang sekeliling termasuk teman-teman bagi menggambarkan betapa panas teriknya bumi Malaysia.

Ekoran keadaan cuaca negara ini juga antara sebab kenapa orang Malaysia suka minum minuman sejuk selain gemar menikmati pencuci mulut sebagai hidangan pembasah tekak.

Justeru itu, Hijab & Heels berasa amat teruja sekali untuk berkongsi cara-cara membuat aiskrim homemade. Terutamanya bagi mereka yang bosan dengan perisa biasa seperti vanilla, coklat dan strawberi atau sememangnya tekak teringin mencuba perisa bercitarasakan lokal, resipi Ais Krim Teh Tarik ini kami sarankan untuk dicuba anda di rumah. 

Apatah lagi, hujung minggu merupakan masa paling sesuai untuk anda mempelajarinya. Untung-untung kalau menjadi boleh dijamu kepada tetamu yang datang bertandang. 

Jangan bimbang tentang rasanya kerana kalau teh tarik panas dan teh ais boleh buat anda addicted, tentu saja aiskrim buat anda ‘melayang’!

Apa yang menarik, resipi ini tidak memerlukan ice cream maker dan hanya menggunakan 3 bahan saja. Selanjutnya, ikuti resipi lengkap di bawah.

Bahan-bahan

1. 1 cawan whipping cream
2. 3 sudu besar serbuk teh
3. 1 cawan susu pekat
4. Badam cincang (optional)

Cara-cara membuatnya

1. Didihkan whipping cream dan serbuk teh.
2. Tapis dan sejukkan selama 4 jam.
3. Pukul hingga kembang.
4. Kemudian masukkan susu pekat dan gaul hingga rata.
5. Masukkan ke dalam dulang dan bekukan selama 4 jam.
6. Taburkan badam ke atas ais krim dan hidang.

   

Sumber : Facebook Seismik Makan

Yanie Baharom