Categories: Gaya Hidup

Bila Anda Minum Lychee Smoothie Ini Gerenti Sedap! Jom Cuba Buat

Buah laici biasanya jarang untuk kita temui. Kalau jumpa pun dalam tin yang banyak dijual di pasaraya. Kalau anda nak tahu, laici adalah antara buah-buahan yang banyak manfaat antaranya boleh mencegah kanser, melindungi jantung, menurunkan tekanan darah tinggi, melancarkan pencernaan dan mencegah anemia. Banyakkan khasiat buah laici ini?

Foto: Planet Bombay Express

Biasanya kalau anda lepak dekat kedai makan, air laici antara salah satu pilihan untuk minuman anda kan? Rasanya yang manis dan sedap pasti akan melegakan tekak anda yang sedang kehausan. Tetapi kali ini kami ingin kongsikan resepi Lychee Smoothie yang lain daripada biasa yang pernah anda minum di kedai-kedai makan! Rasanya sangat sedap tau!

Bahan-bahannya:

Laici

Susu pekat

Ais krim vanilla

Ais

Air

Cara-caranya:

Campurkan semua bahan-bahan di atas ke dalam blender. Pastikan anda tidak terlalu banyak meletakkan air takut nanti cair pulak. Kemudian, kisar sehingga ais tersebut hancur dan menjadi pekat. Selepas siap kisar, anda boleh masukkan ke dalam gelas dan letakkan sebiji buah laici di atasnya. Siap!

Mudah sahaja kan? Anda juga boleh tengok video ini untuk lebih jelas lagi:

Selamat mencuba!

Sumber: Buat Orang Lapo

tex_admin