Categories: Gaya Hidup

Biskut Alien Resepi Paling Mudah. Jom Uji Tahap Kreativiti Anak Anda!

Waktu cuti sekolah inilah masa yang sesuai untuk anda yang mempunyai anak untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama kan? Iyala, tidak semua ibu bapa dapat membawa anak pergi holiday, jadi apa kata, anda buat aktiviti yang bermanfaat dekat rumah je? Boleh jimat kan? Kali ini, kami ingin kongsikan resepi paling simple yang pasti boleh menguji tahap kreativiti anak anda!

Anda pernah dengar biskut alien? Dengar macam pelik kan? Sebenarnya biskut alien ini senang je nak buat, cumanya anda perlu tahu teknik untuk membentukkan biskut tersebut menjadi bentuk ala-ala alien. Jom kita tengok resepi biskut alien ini:

Bahan-Bahan:

3 cawan tepung jagung

250 susu pekat

1/2 sudu serbuk penaik

130 gram mentega 

Pewarna makanan (Ikut warna yang anda gemari)

Cip coklat

Gula Urai

Cara-caranya:

Campurkan 250 susu pekat, 1/2 sudu serbuk penaik dan 130 gram mentega ke dalam mangkuk yang berisi tepung jagung. Gaul adunan sehingga sebati dan menjadi doh. Kemudian, bahagikan adunan tersebut kepada dua bahagian, satu bahagian biarkan dan satu lagi bahagian boleh campurkan dengan perwarna makanan yang anda gemari. Gaul sehingga pewarna menjadi sebati dengan adunan. 

Setelah itu, ambil sedikit adunan yang original dan sedikit adunan yang berwarna, seterusnya bentukkan menjadi segi tiga. Ambil dua 2 biji cip coklat dan letak pada biskut seolah-olah seperti mata alien. Kemudian, ambil sebutir gula urai dan letak pada biskut tersebut seolah-olah seperti bibir alien. Susunkan biskut yang telah dibentukkan pada loyang. Selepas itu, bakar selama 15 hingga 20 minit pada suhu 160 darjah Celcius. Siap!

Ataupun anda boleh tengok sendiri perkongsian video untuk membuat biskut alien ini:

Mudah kan? Jadi anda boleh buat biskut alien ini di rumah bersama anak-anak, mesti fun! Masa ini lah nak tengok tahap kreativiti anak anda! Selamat Mencuba!

Sumber: Buat Orang Lapo

tex_admin