Categories: FeaturedTips

Ini 12 Cara Semulajadi Untuk Ucap Selamat Tinggal Kepada Keputihan. Mudah & Berkesan!

Bahagian faraj berbau busuk dan tidak selesa gara-gara masalah keputihan? Jangan pandang remeh perkara ini kerana masalah keputihan yang berterusan boleh menjadi lebih teruk jika tidak dirawat lebih awal.

Ia mungkin boleh menyebabkan seperti kegatalan pada bahagian kemaluan, kemandulan dan yang lebih serius boleh menyebabkan kanser rahim.

Perubahan hormon, faktor kebersihan, jangkitan kuman dan virus dikatakan merupakan antara punca terjadinya masalah keputihan di kalangan wanita.

Sebelum masalah keputihan anda menjadi lebih teruk, apa kata cuba 12 tip semulajadi di bawah.

1. Sireh

Ambil beberapa keping daun sireh dan segenggam pinang kering yang dihiris nipis. Rebus bersama 1 liter air sehingga mendidih. Biarkan sejuk, kemudian campurkan dengan sedikit air bersih untuk dijadikan air basuhan pada bahagian alat sulit. Lakukan 3 kali sehari untuk beberapa hari atau sehingga masalah selesai.

2. Buah delima

Ambil 30 helai daun buah delima dan kisar bersama lada hitam dan setengah gelas air. Tapis airnya dan minum setiap pagi selama tiga minggu.

3. Biji halba

Rebus dua sudu biji halba dalam seliter air selama 30 minit. Tapis dan biarkan sejuk serta bilas pada alat sulit.

4. Lobak putih

Rebus air lobak putih dan minum air rebusan ini setiap pagi sehingga keputihan beransur hilang.

5. Pisang

Pisang amat baik untuk kesihatan dalaman wanita. Sama ada dimakan mentah bersama susu dan madu setiap pagi atau goreng bersama sayur-sayuran.

6. Madu asli

Ambil satu sudu makan madu lebah asli dan campurkan dengan sedikit air bersih. Dengan menggunakan jari oleskan pada seluruh bahagian sulit wanita. Lakukan 2 kali sehari sehingga sembuh.

7. Halia

Rebus dua sudu serbuk halia bersama 250ml air hingga air menjadi setengah cawan. Amalkan minum selama tiga minggu dan lihatlah hasilnya.

8. Daun basil

Rebus daun basil dan ambil jusnya. Sebelum minum, letak sedikit madu dan amalkan setiap pagi dan malam selama dua minggu.

9. Bunga Cempaka

Rendam lima tangkai bunga cempaka dalam air panas. Tutup dan biarkan semalaman. Minum airnya setiap hari pagi dan petang. Bunga itu boleh direndam berulang-ulang sehingga pahitnya hilang.

10. Bendi

Cuci 100 gram bendi dan potong kecil-kecil. Masukkan dua cawan air dalam periuk dan rebus bendi selama 20 minit atau sehingga air menjadi separuh. Tapis dan bahagikan pada tiga bahagian. Minum satu bahagian bersama sedikit madu, tiga kali sehari. Bendi mampu mengurangkan pengeluaran keputihan.

11. Kanji

Ambil sedikit air daripada nasi yang sedang ditanak dan minum. Selain mengatasi masalah keputihan, ia juga boleh menghilangkan penyakit berkaitan dengan perut.

12. Air rebusan tradisional

Rebus 10 biji manjakani, 10 biji buah keras, 10 helai daun sireh, 2 biji limau nipis dan segenggam akar serapat dan kacip fatimah. Wapkan faraj anda dengan wap rebusan ramuan ini. Airnya yang telah suam atau sejuk pula digunakan untuk mencuci faraj anda ketika membuang air kecil.

Selamat mencuba!

Ad Ops