Categories: Gaya Hidup

Hargai Orang Ramai Yang Menyokong, Rosyam Nor Hadiahkan Baucar Tunai RM100,000

Selain bergelar pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor telah pun membina empayar perniagaannya dengan mengusahakan rangkaian pasar raya yang dinamakan ST Rosyam Mart.

Setelah lima tahun beroperasi menerusi pembukaan tujuh cawangan di sekitar Lembah Klang, mereka tampil menawarkan hadiah dalam bentuk baucar hadiah bernilai RM100,00 kepada pelanggan bertuah.

“Syaratnya mudah saja, pelanggan harus menjadi ahli dengan mendaftar menggunakan aplikasi ST Card.

“Kemudian, berbelanja di pasar raya kami dengan nilai minimum RM200 sebulan dan selepas itu, anda layak menyertai peraduan ini.

“Namun diingatkan, pembelian barang-barang subsidi kerajaan seperti beras, minyak masak dan seangkatan dengannya tidak diterima,” memetik kenyataan yang dikeluarkan.

Menurut kenyataan itu lagi, peraduan Peraduan Beli & Menang Baucar Hadiah RM100,000 tersebut akan berlangsung selama tiga bulan bermula Oktober ini hingga Disember hadapan.

Senarai nama pelanggan yang telah dipilih selaku pemenang bulanan akan diumumkan di sosial media rasmi mereka.

Mengulas lanjut, hadiah baucar tunai yang ditawarkan dibahagikan kepada dua kategori iaitu untuk pemenang utama dan pemenang saguhati pada setiap bulan.

Justeru, mereka mengalu-alukan penyertaan orang ramai terutama daripada para pelanggan setia mereka, sekali gus merebut tawaran menangi baucar hadiah dianggarkan bernilai kira-kira RM100,000.

Padin