Categories: Gaya Hidup

Ikuti 9 panduan ini supaya carian Google anda lebih tepat dan khusus

Alam maya pada zaman ini semakin meluas dengan adanya Internet dan terima kasih kepada laman carian Google kerana melaluinya kita mampu mencari hampir apa jua maklumat yang kita perlukan.

Google ialah enjin carian pilihan ramai dan dianggap sebagai satu sumber informasi yang paling dipercayai di luar sana.

Berdasarkan statistik daripada seotribunal.com, Google menerima lebih daripada 63,000 carian pada setiap saat dalam satu hari. Secara purata, seseorang itu akan membuat tiga ke empat carian setiap hari.

Tetapi bagaimana caranya untuk tapis lagi carian anda, ataupun membuatkannya lebih relevan supaya anda betul-betul menemui apa yang anda sedang cari?

Ia tidak mustahil jika anda gunakan panduan yang dikongsikan oleh Business Insider seperti di dalam video ini.

1. Cari frasa yang tepat dengan menggunakan tanda pembuka dan penutup kata

Contoh: “Green Villa Resort Hulu Langat”

2. Kecualikan sesuatu perkataan itu dengan meletakkan tanda sengkang (-) di hadapannya

Contoh: artis malaysia – neelofa

3. Tanda asterisk (*) boleh digunakan untuk mengganti perkataan yang tidak diketahui

Contoh: “tempat paling * di dunia”

4. Penggunaan tanda alias (@) akan mencari di laman media sosial

Contoh: @hijabnheels

5. Gunakan perkataan “OR” untuk mencantumkan dua carian berbeza

Contoh: Rapunzel OR Pizza Margherita

6. Tanda dollar ($) akan memberikan carian harga

Contoh: Samsung A30 $100

7. Cantumkan dua harga dengan dua noktah (..) untuk mencari harga di antara kedua-duanya

Contoh: Samsung A30 $100..$400

8. Cari isian di dalam sesuatu laman web dengan menggunakan “site:”

Contoh: site:www.hijabnheels.com durian

9. Cari laman web yang berkaitan dengan menggunakan “related:”

Contoh: related:lazada.com.my

Itu sahaja untuk kali ini. Semoga carian anda lebih jitu!

Ad Ops