Categories: Gaya Hidup

Ini Resipi Mudah Untuk Biskut Oat Coklat, Tak Perlu Bakar Dalam Oven!

Bukan kek saja yang anda boleh buat tanpa menggunakan ketuhar, ya. Biskut pun boleh!

Jika anda ingin cuba buat biskut simple yang tak perlu dibakar, ini resipinya. Mudah saja, dan mesti ramai antara anda yang suka perisa coklat.

 

Bahan-bahannya:

  • 2 cawan gula pasir
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 6 sudu besar mentega
  • ½ cawan susu
  • ½ cawan mentega kacang
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 3 cawan oat

Cara-caranya:

  1. Campurkan gula, serbuk koko, mentega dan susu di dalam saucepan dan kacau di atas api di antara rendah dan sederhana sampai larut.
  2. Kuatkan api ke tahap sederhana dan biarkan masak sampai campuran itu betul-betul mendidih. Sambil itu, kacau sesekali. Apabila ia telah mendidih, biarkan selama lagi seminit. Jangan lupa kacau sesekali. Nota: Di sini, pastikan anda betul-betul ikut tengok jam! Kalau campuran ini tak cukup mendidih, ia takkan membeku nanti. Kalau ia dibiarkan mendidih terlalu lama pula, ia itu akan menjadi terlalu kering.
  3. Alihkan daripada api dan tambahkan mentega kacang, esen vanila dan oat. Kacau sampai sebati.
  4. Cedokkan dengan sudu besar dan letakkan ke atas permukaan yang dah dialaskan dengan kertas pembakar.
  5. Sejukkan hingga betul-betul kering.
  6. Dah siap! Simpan di dalam bekas kedap udara.

Memandangkan resipi ini tak memerlukan anda untuk menggunakan ketukar ataupun mesin mixer, anda boleh buat resipi ini dengan anak-anak anda, sebagai aktiviti keluarga.

Sumber: Real Mom Nutrition

Ad Ops