Categories: Parenting

4 Cara Untuk Kekalkan Sistem Penghadaman Yang Sihat Untuk Anak Kesayangan Anda

Pernahkah anda berasa risau jika anak tidak membuang air besar? Pasti ada anak yang mengambil masa 2-4 hari barulah mereka membuang air besar. Situasi ini pasti akan membuatkan anda tertanya-tanya bagaimana untuk mempercepatkan proses penghadaman supaya mereka mudah untuk membuang air besar pada setiap hari.

Seperti anda sedia maklum, anak perlu memiliki sistem penghadaman yang sihat bagi memastikan badan mereka bebas daripada toksik yang boleh membahayakan tubuh dan membekalkan tubuh anak dengan nutrien yang diperlukan. Bagi anda yang masih buntu tentang cara untuk mengekalkan sistem penghadaman yang sihat untuk anak-anak, ini kami kongsikan empat cara mudah yang boleh anda lakukan.

1. Anda perlu melakukan beberapa perubahan pada diet dan tingkah laku anak anda. Perkenalkan serat makanan dalam harian mereka. Menurut garis panduan pemakanan Malaysia untuk kanak-kanak dan remaja, mereka menyarankan dua hidangan buah-buahan dan dua hidangan sayuran pada setiap hari bagi kanak-kanak di bawah umur 7 tahun.

Anda juga oleh memberi mereka jenis makanan yang mempunyai serat makanan yang berkualiti tinggi seperti buah prun, kismis, kacang pea, kekacang, brokoli, sayuran berdaun dan bijian.

2. Anda juga perlu memberi anak minum banyak air masak, terutamanya semasa mereka aktif ataupun kurang sihat. Kalau anda nak tahu, kanak-kanak yang berumur 2 hingga 3 tahun seharusnya minum 2 gelas air sehari  manakala kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke atas memerlukan 6 hingga 8 gelas air sehari.

3. Anda juga perlu menggalakkan anak-anak untuk kerap menggunakan tandas dan jadikan ia sebagai rutin harian mereka. Cara ini akan membuatkan mereka tahu akan kegunaan tandas untuk membuang air kecil mahupun besar.

4. Anda juga boleh menyediakan prebiotik dan probiotik di dalam diet anak-anak. Prebiotik seperti frukto-oligosakarida (FOS) dan Probiotik seperti galakto-oligosakarida yang boleh membantu pertumbuhan bakteria baik di dalam usus anak-anak. Selain itu, ia juga membantu mengekalkan persekitaran usus yang baik. 

Foto: Echaimutenan

Kesimpulannya, anda sebagai ibu bapalah yang berperanan dalam menyediakan pemakanan yang sihat untuk anak-anak. Melalui pemakanan yang sihat tersebut secara tidak langsung dapat membantu proses penghadaman mereka. Ikuti 4 cara mudah ini agar usus anak anda kekal sihat di samping memudahkan mereka untuk membuang air besar. Semoga bermanfaat!

Sumber: Jelita

tex_admin