Categories: Gaya Hidup

Inilah Sebab Penting Anda Perlu Turunkan Penutup Tandas Sebelum Mengepam, Gelinya!

Ada berita buruk untuk anda apabila menggunakan tandas awam. Awas! Berita ini mungkin membuatkan anda rasa loya.

Kebanyakan tandas awam kini menyediakan pengering tangan automatik, kononnya kerana ia lebih baik untuk alam sekitar daripada menggunakan kertas tisu.

Foto: Alamy

Kalau tandas awam itu tak ada tisu, memang kita terpaksalah guna pengering itu, walaupun ia taklah berkesan sangat.

Tapi tahukah anda? Rupa-rupanya, pengering tersebut sebenarnya meniup sisa najis yang datang dari dalam tandas awam itu ke tangan anda yang baru saja dicuci. Eww!

Ini fakta ye! Bukan main-main! Kajiannya baru saja diterbitkan oleh sebuah persatuan mikrobiologi di Amerika.

Foto: Robertodavid / Getty Images

Ia terjadi begini: apabila seseorang itu mengepam mangkuk tandas tanpa menurunkan penutupnya, sisa-sisa najis akan berterbangan di udara. Apabila seseorang memasang pengering tangan pula, sisa najis tadi akan disedut oleh pengering tangan tersebut sebelum ia dihembus keluar ke tangan penggunanya.

Menurut kajian ini, sebuah pengering tangan boleh meniup sebanyak 60 koloni bakteria dalam masa 30 saat. Fuh!

Inilah sebabnya anda perlu menutup cover mangkuk tandas sebelum mengepam. Jadi tolong praktikkan, ya, untuk kebaikan kita semua.

Kajian ini juga mencadangkan supaya anda memakai kertas tisu selepas ini. Kalau tak ada tisu, lap saja tangan anda di seluar. Eleh, macam tak biasa!

Menutup cover tandas ini boleh juga dipraktikkan di rumah. Cuba bayangkan, jika kedudukan mangkuk tandas anda berdekatan sangat dengan singki di mana anda simpan berus gigi anda. Apabila anda flush, bakteria semua berterbangan dan hinggap ke berus gigi. Eee!

Sumber: Buzzfeed

Ad Ops