Categories: Gaya Hidup

Guna Tips Ini Untuk Cuci Kesan Pensel Warna Pada Dinding Rumah Anda. Tak Perlu Cat

Anda dah belikan buku nota kosong yang anak anda boleh conteng. Mereka juga boleh belajar menulis di dalam buku itu, ataupun mengasah bakat melukis mereka.

Tapi hasil kreativiti mereka bukannya dipersembahkan di atas kertas. Sebaliknya, dinding rumah anda pula yang dijadikan kanvas.

Tak kiralah kesan crayon atau pensel warna ataupun ballpoint pen, kalau sekadar cuci dengan kain lembap, memang tak boleh hilang.

Tak apa, tak apa! Tarik nafas. Tak payah nak cat balik dinding tu. Ada cara mudah untuk menanggalkan kotoran sebegini.

Foto: Carrie Robinson

Anda perlukan ubat gigi, sabun pencuci pinggan berbentuk cecair dan sedikit air. Bahan-bahan ini mesti dah sedia ada di rumah anda, kan?

Campurkan ubat gigi dan sabun di dalam piring kecil dan gaulkan sampai rata. Letakkan beberapa titik air supaya campuran itu tak terlalu likat.

Kemudian, cedok sedikit campuran itu dengan berus gigi lama dan sental pada bahagian dinding yang terdapat kesan contengan.

Gosok sampai kotoran hilang dan lepas itu lap dinding dengan kain basah. Dah bersih!

Alternatif lain

Kalau cara itu tidak menjadi untuk anda, cuba gunakan baking soda. Campurkannya dengan air ke dalam mangkuk kecil dan gaul dengan menggunakan berus gigi lama. Kemudian gosokkan berus itu pada dinding sampai bersih.

Selain itu, anda boleh juga cuba guna cuka putih. Celupkan kain lap ke dalam cuka dan sental pada dinding.

Selamat mencuba!

Sumber: Swadisht Food ZoneH. Sparks

Ad Ops