Categories: Gaya Hidup

Jom Belajar Cara-Cara Membuat Deodoran Homemade, Mudah Sangat!

Trend membuat produk kecantikan atau penjagaan kulit seperti mask atau sabun dah lama bermula dalam kalangan wanita serata dunia.

Ini adalah kerana ramai lebih memilih untuk menggunakan ramuan yang semula jadi daripada bergantung kepada produk di pasaran yang mengandungi bahan kimia.

Kali ini, penulis ingin kongsikan “resipi” untuk membuat deodoran untuk badan yang hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah sangat untuk didapati.

Mula-mula anda akan perlukan bekas deodoran seperti ini:

Foto: alexnld.com

Jadi kalau deodoran lama anda nak habis dah, jangan buang bekasnya. Boleh diguna semula! Cuma buangkan serpihan deodoran lama dan bersihkan.

Cara-caranya:

Dalam satu mangkuk masukkan 1/3 cawan tepung jagung, 1/3 cawan baking soda, 5 sudu besar minyak kelapa yang dicairkan, dan beberapa titik minyak tea tree.

Gaul hingga rata dan tuangkan campuran itu ke dalam bekas deodoran. Sejukkan di dalam peti ais selama sejam sebelum pakai.

Jika anda inginkan pertolongan visual, jom belajar menerusi video ini:

Kalau anda tak ada bekas deodoran yang lama, guna balang kecil plastik pun tak apa. Pandai-pandailah nak calit, ya! 

Selamat mencuba!

Sumber: 5-Minute Crafts

Ad Ops