Categories: Gaya Hidup

Kalau Pilot Jatuh Sakit Ketika Di Udara, Jangan Panik Relaks-Relaks Sudah!

Bayangkan anda sedang dalam pesawat dan tiba-tiba pilot atau juruterbang jatuh sakit, apa agaknya akan berlaku?

Jika anda berasa seperti ingin menjerit atau panik, baik anda simpan saja perasaan itu dan tidak perlulah berasa risau.

Standard SOP syarikat penerbangan akan menyediakan dua juruterbang dalam sesebuah pesawat sebagai langkah berjaga-jaga.

“Semua juruterbang sememangnya dilatih untuk berhadapan dengan situasi ini.

“Selepas diambil alih oleh juruterbang kedua, mereka akan bergerak menuju ke lapangan terbang terdekat untuk mendarat,” kata seorang juruterbang kepada Express.co.uk.

Foto: Spunk

Meskipun kejadian seperti ini jarang berlaku, namun penyakit ‘tiba-tiba’ ini seperti serangan jantung, kekejangan otot, pengsan, strok, migrain dan body shut down boleh berlaku tanpa diduga.

Selain kit perubatan yang disediakan di dalam pesawat, mereka turut mempunyai teknologi sambungan telefon radio sepanjang 24 jam dengan doktor.

Jadi, tidak akan timbul sebarang masalah jika salah seorang daripada juruterbang jatuh sakit di dalam pesawat.

Pada Oktober 2015 misalnya, juruterbang United Airlines pengsan di dalam pesawat, namun kehadiran juruterbang kedua membolehkan mereka mendarat dengan selamat.

Foto: Yummy

Menurut sumber itu lagi, makanan yang dimakan untuk juruterbang juga berbeza dengan apa yang dihidangkan kepada penumpang.

“Kami akan makan makanan berlainan untuk mengelakkan sebarang isu yang boleh menjejaskan prestasi dan operasi seseorang juruterbang,” ujarnya.

Malah, kapten dan juruterbang juga diberi makanan berbeza agar kedua-duanya tidak mengalami masalah yang sama daripada makanan yang dijamah mereka.

Jadi, jika makanan tersebut menjadi punca juruterbang jatuh sakit, secara logiknya seorang lagi pengemudi pesawat tidak akan sakit kerana dia mengambil makanan berlainan.

Sumber: mStar

Yanie Baharom