” Saya Ambil Masa Dua Bulan Untuk Kuatkan Semangat, Bukan Nak Buka Aib Sendiri”- Zulin Aziz

Kalau majoriti peminat beliau mahupun netizen di luar sana mengetahui tentang perihal status hubungan pelakon dan pengacara, Zulin Aziz bersama seorang pemuda berasal dari Indonesia yang khabarnya mereka sedang membuat persiapan perkahwinan, kali ini sekali lagi Zulin telah memaklumkan bahawa hubungan dan segala persiapan itu tidak kesampaian.

Dengan memuat naik kenyataan berhubung statusnya itu, beliau berkata ianya bukanlah mahu membuka aib dirinya tetapi, sekadar mahu memaklumkan kepada keluarga dan rakan terdekat serta peminatnya yang tertanya-tanya bilakah beliau  mahu melangsungkan perkahwinan.

Sumber : Instagram @zulinaziz

” Saya ambil masa dua bulan untuk menguatkan semangat sebelum membuka mulut mengenai perkara itu. Bukan mudah sebenarnya kerana sebelum ini, ramai yang mendoakan saya agar segera bertemu jodoh”

” Saya bukan mahu membuka aib sendiri, tetapi enggan membiarkan ramai tertanya-tanya mengenai perkara itu. Syukur apabila ramai yang memberikan sokongan moral dan memahami situasi saya.” Katanya

Terbaharu, Zulin bakal mengeluarkan single terbaru beliau tidak lama lagi. Dan, ketika ditanya adakah status yang dimuat naiknya itu sekadar gimik untuk single yang bakal dilancarkan, namun beliau sama sekali menafikan hal tersebut.

Salma Syahbuddin