Categories: Gaya Hidup

Kim Kardashian dibayar lebih RM4 juta untuk setiap entri Instagram yang ditaja? Kayanya dia!

Kini, mana-mana syarikat baru yang ingin melariskan produk mereka pasti akan cuba menggunakan golongan berpengaruh di Instagram untuk berbuat demikian.

Maklumlah, selebriti di laman media sosial ini memiliki pengikut yang ramai, jadi setiap entri yang mereka muat naik pastinya akan mendapat perhatian.

Memandangkan mereka mempunyai kuasa dan pengaruh yang kuat, setiap entri tajaan mereka sudah tentu akan menelan kos yang tinggi juga.

Tidak pastilah bagaimana situasinya di Malaysia, tetapi di kebanyakan negara Barat, ada ramai selebriti yang dibayar puluhan ribu dollar hanya untuk memuat naik sau gambar mereka yang mana mereka kononnya menggunakan sesuatu produk itu.

Walaupun golongan ‘influencers’ ini semakin bertambah, tiada siapa antara mereka yang dapat menandingi Kim Kardashian West dari segi bayaran.

Menurut laporan sumber industri yang mahir mengenai pasaran di Amerika Syarikat, beliau dibayar lebih RM4 juta untuk setiap entri di Instagram. Wah, lumayannya!

Cuba bayangkan, untuk setiap produk kuruskan badan, Kim akan dapat duit sebanyak itu hanya dengan berkongsi gambar dan menekan butang “Publish.” Bertuahnya!

Menurut laman web Perez Hilton, jumlah bayaran ini dapat diketahui kerana Kim kini sedang menangani kes tuntutan mahkamah yang melibatkan Missguided USA.

Februari lalu, Kim telah memuat naik satu gambarnya yang mana beliau mencuba sehelai dress yang direka khas oleh suaminya Kanye West. 

Di ruangan kapsyen, beliau memberi amaran kepada semua jenama fesyen supaya tidak meniru rekaan berkenaan hingga beliau sudahpun memakainya di luar.

Business Insider melaporkan, syarikat pakaian Missguided USA tidak mendengar langsung kata-kata Kim dan terus memuat naik gambar versi dress mereka sendiri tiga jam selepas itu!

Bukan sahaja mereka meniru, Missguided juga telah tag Kim di dalam entri mereka, memberikan tanggapan yang mana mereka kononnya telah bekerjasama dengan Kim untuk keluaran produk berkenaan.

Syarikat ini rupa-rupanya tidak memberi sebarang respon terhadap tuduhannya di mahkamah, jadi Kim terpaksa mengemukakan saman bernilai lebih RM20 juta.

Kim juga telah memfailkan dokumen sah untuk membuktikan betapa berpengaruh dan kayanya beliau ini, agar semua orang tahu yang beliau sebenarnya ‘berharga’ dan imejnya tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya tanpa izin beliau.

Di dalam dokumen ini, Kim telah memberikan alasan mengapa dia mengenakan saman sebanyak lebih RM20 juta.

Pada mulanya, beliau mendakwa beliau hanya dibayar sebanyak antara Rm1 juta hingga RM2 juta untuk setiap entri.

Tetapi nampaknya peguamnya telah memfailkan semula dengan jumlah lebih RM4 juta bagi setiap entri Instagram. Banyaknya duit!

Ingin tahu sesuatu yang lebih gila? Kim mendakwa di dalam dokumen berkenaan yang beliau sebenarnya sering menolak tawaran sebegini.

Ini adalah kerana beliau tidak ingin dikaitkan dengan jenama berkenaan. Wah, seronoknya jika boleh buat pilihan sama ada kita hendakkan duit atau tidak!

Buat masa ini, kes tuntutan mahkamah masih berjalan dan Kim akan tetap terus mengaut keuntungan berganda dengan entri tajaannya.

Sesetengah orang memang dilahirkan bertuah, bukan?

Ad Ops