Belum Sedia Bawa Watak Utama Dalam Filem, Mia Nasir Tarik Diri Dari Wangi!

Pelakon Mia Nasir mengaku belum bersedia antara alasan penarikan diri daripada berlakon dalam filem Wangi

Akui Mia, dia sedar sebagai pelakon utama dia memegang tanggungjawab besar memandangkan untuk menghasilkan filem memerlukan modal besar.

“ Saya tarik diri sebab saya belum pernah memegang watak utama dalam sebuah filem.

“ Lakonan adalah kerja sampingan saya jadi saya lebih selesa memberi peluang ini kepada yang lebih layak membawakan watak berkenaan,” katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran The Calla & Flores, baru-baru ini.

Filem yang menampilkan pelakon antaranya Nabila Huda, Shaarnaz Ahmad dan Erra Fazira berjudul Wangi dijangka ditayang pada Ogos ini.

Sementara itu, adik kepada pelakon Anzalna Nasir ini memberitahu mahu fokus dalam bidang perniagaan berbanding lakonan buat masa ini.

“ Berlakon adalah hobi saya tetapi keutamaan saya buat masa ini adalah bidang perniagaan.

“ Tetapi saya tidak menolak sekiranya diberi watak yang biasa saya lakonkan sebelum ini macam perempuan gedik. Asalkan tidak ada babak bersentuhan,” akhiri pelakon berusia 28 tahun ini.

SGMS Enal