Categories: Gaya Hidup

Kini Anda Boleh Request Untuk Jadikan Akaun Instagram Anda ‘Verified’, Ini Caranya

Selalunya selebriti ataupun orang ternama saja yang anda tanda biru (blue tick) di tepi nama mereka dalam aplikasi media sosial.

Memang patut pun mereka dapat, kerana disebabkan oleh status populariti mereka, ada ramai orang lain yang menyamar sebagai mereka di Internet.

Jadi fungsi blue tick ini adalah untuk memastikan bahawa akaun tersebut memang betul selebriti itu yang punya (bukannya fake account) dan ia telah disahkan sahih (verified) oleh pihak Instagram.

Oleh kerana orang-orang tertentu saja yang boleh dapat, kita orang biasa ini pun mestilah teringin! Walaupun kita tak ramai followers atau tak ada siapa pun nak menyamar jadi kita, blue tick itu boleh dikira macam lambang power kalau kita dapat. Kononnya kita juga adalah orang berkepentingan kerana orang lain tak dapat!

Berita baik!

Sebelum ini, para pengguna Instagram tiada kuasa langsung untuk mendapatkan blue tick. Tapi pada Selasa lalu, Instagram telah mengumumkan yang dengan update terbaru, anda boleh request!

Tak tahulah anda boleh dapat atau tidak akhirnya, tapi belum cuba, belum tahu, kan?

Lagipun, anda takkan rugi apa-apa ia tak memerlukan sebarang bayaran.

Foto: Instagram

Apa yang anda perlu buat

Untuk membuat request, pergi ke “Profile” dan tap pada ikon menu. Pilih “Settings” di bawah dan kemudian pilih “Request Verification”.

Pertama sekali, akaun anda perlu mematuhi terma perkhidmatan serta garis panduan komuniti (Terms of Service and Community Guidelines) Instagram.

Anda juga perlu mengisi nama akaun dan nama penuh pengguna, serta upload salinan kad pengenalannya atau syarikatnya (legal or business identification).

Permintaan pengesahan akan diperiksa untuk diluluskan berdasarkan beberapa faktor: kesahihan, keunikan, kesempurnaan serta keterampilan setiap akaun.

Sama ada keputusan permintaan anda adalah positif atau tidak, pihak Instagram akan memberitahu anda melalui sebuah notifikasi.

Senang saja, kan? Jom cuba!

Sumber: Business Insider

Ad Ops