Comelnya! Ayra Aneesah Nama Anak Ummi Nazeera

Pelakon drama Nahu Rindu, Ummi Nazeera selamat melahirkan bayi perempuan pada 22 Ogos lalu.

Bayi perempuan comel itu diberi nama , Ayra Aneesah Mohd. Izzar Anwari.

Berita gembira ini diumumkan menerusi laman Instagram semalam di mana proses bersalin anak sulungnya itu sebulan lebih awal daripada jangkaan.

“Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Anak saya sihat dan sempurna. Fasa baharu sebagai ibu begitu indah, apatah lagi ia pengalaman pertama saya,” tulisnya di laman Instagram.

Ummi atau nama sebenarnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin melahirkan bayi perempuan itu di Hospital Serdang pada jam 11.37 malam menerusi pembedahan ketika kandungannya mencecah usia 34 minggu.

Ummi Nazeera berkahwin dengan Mohd Izzar Anwari Abdul Khani pada 23 Julai tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, aktres 28 tahun ini bakal muncul dalam filem Gol 7 Gincu Vol 2 bermula 25 Oktober ini.

 

SGMS Faida