Categories: Trending

DBKL Tutup Tasik Titiwangsa Setahun

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup keseluruhan Taman Tasik Titiwangsa kepada orang awam bermula hari ini bagi memberi laluan kepada pelaksanaan projek River of Life (RoL).

DBKL dalam satu kenyataan memberitahu, pelaksanaan projek RoL itu melibatkan kerja-kerja naik taraf fasiliti serta kemudahan taman demi keselesaan pengunjung pada masa depan.

“ Pengunjung tidak perlu khuatir memandangkan DBKL turut menyediakan laluan khas bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti joging di sekeliling kawasan taman.

“Orang ramai yang mengunjungi taman ini dinasihatkan agar berhati-hati serta menjaga keselamatan sepanjang kerja-kerja naik taraf sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

SGMS Faida