Keranda, Gaun dan Kasut Tinggi Mendiang Aretha Franklin Jadi Perhatian

Ratu Soul Amerika Syarikat, Aretha Franklin dilaporkan selamat disemadikan di Perkuburan Woodlawn di Detroit, semalam.

Setelah sekian lama penyanyi terkenal itu bertarung dengan penyakit barah pankreas, akhirnya beliau ‘tewas’ pada 16 Ogos lalu.

Sebelum dikebumikan, mendiang Aretha Franklin ditempatkan di sebuah keranda untuk tatapan ahli keluarga, sahabat dan peminat.

Difahamkan, mendiang telah berganti persalinan sebanyak 2 kali.

Apa yang menarik perhatian, jasad penyanyi itu dibaringkan dalam sebuah keranda bersalut emas 24 karat dengan pakaian gaun merah dan kasut bertumit tinggi. 

Untuk rekod lama, ratu soul dan R&B itu mempengaruhi penyanyi wanita beberapa generasi daripada mendiang Whitney Houston kepada Beyonce dengan lagu popular termasuk ‘Respect (1967), ‘Natural Woman’ (1968) dan ‘I Say a Little Prayer’ (1968).

Franklin bermula sebagai penyanyi dalam pertunjukan gereja bapanya ketika masih remaja.

SGMS Faida