Siapa Bintang K-Pop Bergelar Jutawan Beli Bangunan Di Cheongdam?

Biarpun sedang menjalani latihan khidmat ketenteraan, penyanyi terkenal ini dilaporkan masih aktif menambah aset di Korea Selatan.

Berehat seketika daripada aktiviti seni bukan penghalang untuk beliau terus menjana wang dengan membuat pelaburan dalam sektor hartanah.

Terbaru, penyanyi G Dragon dilaporkan membeli sebuah bangunan berkeluasan 11,000 kaki persegi dengan harga dianggarkan AS$8.3 juta (RM33.2 juta).

Difahamkan, ikon pop ini tertarik dengan rekaan moden dan unik bangunan yang terletak di kawasan elit Cheongdam di Seoul.

G Dragon merupakan salah seorang selebriti yang memiliki banyak hartanah itu turut memiliki sebuah kafe di Pulau Jeju.

Selain kafe, pemilik nama sebenar Kwon Ji- Yong ini turut memiliki pusat bowling dan logo jenama fesyen PEACEMINUSONE. Pendek kata, G Dragon antara selebriti yang terkaya di negaranya. 

 

SGMS Faida