Categories: FeaturedOh Lawa

Lofarbag Dengan Hanya RM259, Mesti Beli Ni!

Empayar perniagaan dimiliki ikon fesyen yang juga selebriti paling berpengaruh di negara ini siapa lagi kalau bukan, Noor Neelofa Mohd Noor, terus berkembang pesat.

Terbaru industri fesyen tempatan dihangatkan dengan koleksi Lofarbag, yang menyaksikan kolaborasi senergi di antara pereka tas tangan tempatan, Sometime by Asian Designers (Sometime) bersama usahawan berjaya itu.

Mencerminkan kejayaan Neelofa dalam tiga karakter utama iaitu Confidence, Graceful dan Fun, akui Nicole W selaku Ketua Produk Sometime, bukan mudah untuk menghasilkan kolaborasi ini.

“Neelofa adalah pengaruh fesyen luar biasa di seluruh dunia. Ia penting bagi kami untuk mencipta beg yang menonjolkan identiti sebenarnya, memberi inspirasi  khususnya kepada wanita dan pengikutnya di luar sana,” katanya.

Foto: Zalora

Menurut Neelofa, sebagai duta fesyen dan usahawan, dia mendapati bahawa umum mudah tersasar mengikut trend dan fesyen semasa.

“Saya sendiri gemar melihat cermin ketika saya bersiap untuk ke majlis. Sering kali saya termenung dan memikirkan pakaian apa yang sesuai dengan personaliti saya,” katanya.

Bagi penggemar tas tangan yang sukakan rekaan yang ringkas dan top-notch craftmanship, Lofarbag harus dimiliki anda.

Foto: Zalora

Bersandarkan latar belakang Neelofa dan tanggungjawabnya, tas tangan ini direka cukup kemas dan praktikal. Siluet besar yang hadir dengan sling sangat sesuai untuk dipakai kala waktu siang untuk wanita yang multi-tasking dan contemporary tetapi masih mahu kelihatan profesional pada waktu siang dan versatil pada waktu malam.

Menjadikan ia lebih istimewa, Lofarbag dihasilkan dari vegan leather, yang tahan lasak dan berkualiti tinggi. Ia dihadirkan dalam sembilan rona iaitu hitam, maroon, navy, coklat gelap, oren, merah, biru muda, nude dan mocha yang mudah disuai padan.

Dijual pada harga RM259,  produk ini boleh didapati di portal pada 29 Ogos 2018, bermula jam 11 pagi.

Foto: Zalora

Yanie Baharom