“Peminat Itu Menghina Bentuk Badan Saya Secara Terbuka” – Almy Nadia Bengang

Walaupun sudah lama tidak muncul di kaca televisyen, isteri Fizz Fairuz kini sedang hamil dan bakal menimang cahaya mata yang ketiga. Oleh sebab keadaannya itu, muncul pula seorang individu yang dianggap sebagai peminat telah menghina bentuk badan beliau secara terbuka.

Kenyataan yang dianggap sebagai memalukan itu kerana menggelarnya sebagai wanita hodoh dan gemuk lantas mengundang rasa marah beliau. Almy menerusi laman instagramnya telah memuat naik caption tentang perasaannya digelar dan di hina secara  terbuka oleh peminat tersebut.

 

Walaubagaiman pun, kesian juga dekat Almy kan? Mana taknya, isu  berat badan seringkali membuatkan beliau stress dan dijadikan bahan jenaka. Netizen pun, kan setiap manusia yang bergelar ibu akan mengalami perubahan hormon ketika sedang sarat? Jadi, janganlah terus-menerus menyalahkan dan melabel artis dengan gelaran yang boleh menyinggung perasaan mereka. Okay!
Salma Syahbuddin