Categories: Gaya Hidup

Masakan Telur Anda Tak Perfect? Ini Kesilapan Lazim Yang Mungkin Anda Pernah Buat

Telur goreng, omelette (telur dadar), scrambled eggs (telur hancur), poached eggs (telur carak)… ada macam-macam cara untuk masak telur. Dan setiap jenis ada teknik-tekniknya yang tersendiri.

Walau nampak macam senang, kadang-kadang ada je sesuatu yang tak kena yang buatkan hidangan telur kita tak perfect.

Jom periksa sama aada cara anda memasak telur selama ini betul ke tak. Mungkin anda pernah buat kesilapan lazim berikut:

1. Anda tak pakai non-stick pan

Foto: Facebook buzzfeedtasty

Kuali tak lekat ini tak semestinya bagus untuk masak semua jenis makanan (habanya tak rata) tapi ia merupakan peralatan yang anda perlu guna untuk masak telur. Daripada nampak macam masak cincai-cincai, hidangan telur anda akan nampak macam expert yang masak. Belilah non-stick pan yang berkualiti dan jaga dengan baik. Jangan pakai senduk atau sudip besi tau! Tercalar pula nanti.

2. Anda tak kacau telur elok-elok sebelum masak telur dadar atau telur hancur

Foto: Taylor Miller / BuzzFeed

Yang paling penting, jangan pecahkan telur terus ke dalam pan dan lepas tu baru kacau. Salah tu! Untuk membuat telur dadar atau telur hancur yang terbaik, telur putih dan kuning perlu dihancurkan dan dikacau sampai rata. Jadi pecahkan dulu dalam mangkuk, kacau puas-puas dan barulah masukkan ke dalam kuali.

3. Anda kedekut mentega

Foto: Taylor Miller / BuzzFeed

Kalau nak dapatkan telur hancur atau telur dadar yang sedap, cantik dan berkrim, anda tak boleh nak berjimat sangat dengan mentega. (Ye, pakai mentega lagi sedap dari minyak biasa) Tapi janganlah pakai sebuku pula. Berpada-padalah ye.

4. Api anda terlalu panas

Foto: Marekl / Getty Images

Api yang gentle adalah paling penting untuk mendapatkan telur hancur atau telur dadar yang perfect. Jadi jangan tergesa-gesa. Ia mungkin akan mengambil masa lebih lama, tapi hasilnya gerenti lebih baik.

5. Anda tak gerakkan pan anda secukupnya

Foto: Facebook buzzfeedtasty

Supaya telur dadar anda tak berkerak, anda kena kacau campuran telur anda. Tapi pada masa yang sama, anda perlu menggoyang-goyangkan pan di atas api supaya telur tu tak jadi telur pula. Bila telur dah mula mengeras, hentikan dari menggoyang pan anda dan biarkan ia masak.

6. Anda masak telur hancur anda terlalu lama

Foto: Gancino / Getty Images

Scrambled eggs paling sedap dimakan jika ia masih lembut dan lembik. Tak syok langsung kalau telur tu dah keras. Jadi bila telur hancur anda macam dah hampir masak, tutup api. Nanti haba yang tertinggal akan tolong memasak telur sampai habis.

7. Bila nak masak telur carak, anda pecahkan telur terus ke dalam air panas

Foto: www.eggs.ca

Kalau anda pecahkan telur ke dalam mangkuk terlebih dahulu, anda boleh pastikan telur kuningnya dah pecah atau belum. Anda juga akan dapat “control” telur itu dengan baik supaya telur putih tak merebak.

8. Anda memasak telur carak dalam air yang terlalu menggelegak

Foto: www.buzzfeed.com

Air yang mendidih akan mengganggu proses memasak dan menggoncangkan telur. Tapi kalau air anda tak cukup panas pula, telur tu nanti akan tenggelam ke dasar periuk. Jadi pastikan air berada di dalam tahap mereneh (seperti di dalam gambar).

9. Kuali anda tak cukup panas bila menggoreng telur

Foto: www.sophisticatedgourmet.com

Bila anda pecahkan telur terus ke dalam kuali, ia sepatutnya cukup panas sampai telur putih terus mengeras dan tak merebak ke serata permukaan kuali.

10. Anda menggunakan telur yang terlalu segar untuk memasak telur rebus

Foto: Shutterstock

Anda mungkin fikir, lagi segar telur itu, lagi elok. Sebenarnya ia bergantung kepada teknik masakannya. Untuk memasak telur carak, anda perlukan telur yang sesegar mungkin, tapi untuk telur rebus pula, telur yang lama lebih senang untuk dikupas.

11. Anda tak letakkan telur rebus di dalam air berais sebaik saja ia siap masak

Foto: www.buzzfeed.com

Bila anda rasa telur anda dah cukup masak, anda perlu letakkannya di dalam air yang berais supaya ia berhenti memasak. Barulah perfect.

12. Anda biarkan telur rebus terlalu lama sebelum mengupasnya

Foto: Alamy

Lebih lama anda biarkan telur rebus tak terkupas, lebih susah untuk anda mengupasnya nanti. Sebaik saja telur rebus anda dah disejukkan, kupas di bawah air yang mengalir. Gerenti licin. Kalau anda nak mengupasnya kemudian, simpan telur tersebut di dalam peti ais di dalam bekas kalis udara yang berisi air.

Sumber: Buzzfeed

Ad Ops