Categories: Gaya Hidup

Nak Buat Open House Raya? Ini Tip Penyediaan Makanan Yang Selamat Diamalkan

Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri tetap dirasai walaupun sudah hampir dua minggu diraikan. Keseronokan beraya di kampung halaman kini diteruskan selepas pulang ke kota.

Menjadi tradisi, amalan mengadakan jamuan rumah terbuka diadakan, malah kini semakin rancak diadakan baik di rumah, pejabat mahupun di mana sahaja.

Dalam pada keterujaan menjamu juadah kepada tetamu, jangan sesekali memandang remeh soal kebersihan dan keselamatan dalam menyediakan makanan.

Berikut merupakan 10 tips atau amalan yang anda perlu tahu dalam menyediakan makanan kepada tetamu anda.

  1. Amalkan kebersihan diri dan cuci tangan sebelum mengendalikan makanan
  2. Pilih bahan mentah yang segar
  3. Cuci bahan mentah dengan bersih
  4. Masak makanan sehingga mendidih
  5. Guna peralatan yang bersih dan tidak sumbing
  6. Tutup makanan dengan sempurna
  7. Tempoh makanan tidak melebihi 4 jam dari makanan dimasak
  8. Elak pemanasan berulang
  9. Jangan simpan lebihan makanan dalam peti sejuk lebih dari tiga hari
  10. Buang segera sisa makanan

Jangan ambil mudah perkara ini ya untuk elakkan tetamu yang hadir sakit perut dek kerana juadah yang anda disediakan.

Ad Ops