Categories: Gaya Hidup

Pening Bau Durian Dalam Kereta? Ini 5 Cara Paling ‘Win’ Untuk Atasinya

Sekarang ini semua orang mengambil peluang untuk menikmati keenakan raja segala buah iaitu durian. Yela, tengah musim durian sekarang ini, memang berlambak orang jual! 

Kalau kita lihat, ramai juga peniaga durian yang menyediakan bufet durian yang boleh anda nikmati sebanyak mana pun durian dalam pakej satu harga. Tapi, ada juga yang suka ‘tapau’ saja makan kat rumah. 

Bila dah ‘tapau’ memang berbaulah dalam kereta! Sampai pening kepala dibuatnya. Kali ini Hijab & Heels nak kongsikan 5 cara paling ‘win’ yang boleh anda praktikkan untuk hilangkan bau durian dalam kereta.

1. Daun pandan

Foto: Remaja

Daun pandan memang terkenal dengan baunya yang wangi. Ia juga mampu menghilangkan bau durian dalam kereta ya! Caranya, simpul atau ikat menggunakan getah (rujuk gambar di atas) dan letakkan di dalam kereta. Pasti hilang bau durian yang memeningkan kepala anda itu!

2. Kepingan roti

Foto: Remaja

Roti bukan sahaja enak dimakan, malah ia mampu membantu anda sebagai agen penyerap bau yang kurang enak di dalam kereta termasuklah bau durian. Letakkan kepingan roti di dalam bonet kereta ataupun mana-mana tempat yang anda rasa ada bau durian. Biarkan sehingga ia kering di dalam kereta. 

3. Arang

Foto: Remaja

Arang juga mampu menyerap bau dalam kereta. Caranya, letakkan kepingan arang di dalam bekas dan letak di dalam kereta anda.

4. Tangkai durian

Foto: Remaja

Kalau anda perasan, petua ini telah viral yang dikongsikan oleh seseorang penggemar durian. Setiap kali anda beli durian, minta penjual potong tangkainya. Buang sedikit kulitnya dan belah kepada dua, jangan sampai putus ya. Kemudian, selitkan di tempat aircond kereta anda. 

5. Bungkus dan sangkut

Foto: Remaja

Cara yang ini pula memang paling ‘rare’! Sebelum ini telah viral sebuah kenderaan membawa durian di luar kereta yang mana katanya dibeli untuk cucunya. Anda boleh ikat ketat buah durian dan sangkut seperti gambar di atas.

Jadi, sementara musim durian ini anda boleh praktikkan petua-petua berkesan ini. Janganlah biarkan bau durian itu melekat berhari-hari dalam kereta anda, buat pening kepala saja.

Sumber: Remaja

tex_admin