Categories: AcaraGaya Hidup

Nak menang telefon? Jom sertai cabaran Dare To Leap

Bersempena dengan pelancaran slogan baharu Dare To Leap, realme Malaysia mencabar pengguna untuk berani melakukan aktiviti ekstrem menerusi pelbagai program menarik, selain menawarkan hadiah termasuk telefon pintar jenama itu.

Bermula dengan cabaran sukan luncur udara paragliding di Kuala Kubu Bharu bersama-sama wakil media, 10 Julai lalu, realme Malaysia kini mencabar pengguna untuk menyertai beberapa aktiviti di Blue Atrium, pusat beli-belah Sunway Pyramid, Subang Jaya.

Pengurus Jenama Realme, Tiffany Teh (tengah) menunjukkan telefon jenama Realme pada majlis pelancaran slogan baharu Dare to Leap Realme yang diadakan di Sunway Pyramid. – NSTP/MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN

Pengurus Jenama realme Malaysia, Tiffany Teh, berkata aktiviti dianjurkan itu bersesuaian dengan slogan baharu terbabit yang menggambarkan keberanian pengguna jenama itu mengambil risiko demi pembaharuan.

Dare To Leap yang menggantikan slogan sebelum ini iaitu Proud To Be Young adalah sebagai galakan kepada sesiapa sahaja untuk berani mengambil risiko jika ingin maju. Generasi muda hari ini yang berpegang kepada prinsip ini ialah mereka yang berani menongkah arus dan berjaya menghasilkan pembaharuan.

“Semua kejayaan dan inovasi realme adalah hasil daripada sikap mereka yang berani dalam melakukan apa saja dan ini jugalah yang akan membawa kami untuk terus berjaya,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran slogan baharu realme, Dare To Leap, di Sunway Pyramid, sebentar tadi.

Realme, jenama telefon pintar baharu yang mula memasuki pasaran Malaysia November 2018 menyasarkan pengguna muda yang sememangnya sentiasa mendambakan produk berteknologi tinggi, tetapi pada harga berpatutan.

Antara aktiviti dianjurkan termasuk memanjat dinding batu yang berlangsung di Sunway Pyramid mulai 19 hingga 21 Julai 2019. NSTP/MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN

Slogan baharu Dare To Leap yang diperkenalkan itu adalah simbolik kepada produk realme yang menjanjikan pengalaman hebat kepada pengguna khususnya dari segi reka bentuk, mutu dan teknologi.

Tiffany berkata, sejak diperkenalkan di Malaysia, realme memperkenalkan lima model telefon pintar dan produk terbaharu yang diperkenalkan berharga RM999 sahaja.

“Kesemua telefon kami dijual pada harga berpatutan khusus untuk golongan muda. Meskipun murah, kami tetap memberi keutamaan pada mutu perkhidmatan dan teknologi dalam semua model telefon pintar realme.

“Kita tahu generasi muda suka meneroka dan inilah pengalaman yang kami berikan menerusi realme,” katanya.

Selebriti dan wakil media turut berpeluang mencuba sukan ekstrem. – NSTP/MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN

Pada majlis itu, semua wakil media turut dijemput untuk menyertai pelbagai aktiviti disediakan khususnya mendaki dinding batu (wall climbing) yang mencabar bersesuaian dengan slogan baharu jenama itu.

Selain mendaki dinding batu, aktiviti lain termasuk Leap with Accuracy yang memberi peluang kepada orang ramai untuk membaling gelung ke atas pin boling berwarna kuning dan Leep with Speed, iaitu pertandingan permainan lumba kereta.

Orang ramai boleh menyertai permainan sukan lumba kereta dan pemanang bakal memenangi pelbagai hadiah daripada realme Malaysia. – NSTP/MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN

Orang ramai juga dijemput untuk menyertai aktiviti disediakan itu bermula hari ini (19 Julai 2019) hingga 21 Julai 2019 dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah termasuk telefon realme. Anda hanya perlu mengikuti Facebook realme dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai aktiviti yang bakal dianjurkan oleh jenama telefon pintar itu, ikuti Facebook realme dan Instagram di @realmalaysia.

Fadzlena Jafar