Categories: Gaya Hidup

Sambut Ulang Tahun 3 Dekad, Al-Ikhsan Tawar Hadiah Lumayan Lebih RM200,000 Untuk Pelanggan

Bermula dengan operasi mikro pada tahun 1993 oleh pengasasnya, Ali Hassan dan membuka kedai pertama di Holiday Plaza, Johor Bahru, Al-Ikhsan kini telah menjangkau usaha 30 tahun dengan 185 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Bersempena sambutan ulang tahun tiga dekad, jenama itu melancarkan kempen Pengalaman Sukan Paling Hebat yang menawarkan pelbagai hadiah menarik bernilai RM200,000 kepada pelanggan bertuah.

Bermula Julai ini, pelanggan hanya perlu membuat pembelian serendah RM100 dan layak memenangi hadiah secara bulanan dan utama yang lumayan. Berkonsepkan lebih banyak pelanggan jenama itu berbelanja, lebih besar peluang untuk menang, peraduan ini memberikan kemudahan kepada mereka dengan menawarkan pembelian selama sembilan bulan.

Pelanggan mempunyai jumlah perbelanjaan terkumpul yang tertinggi sepanjang tempoh itu akan diangkat sebagai pemenang dan antara hadiah menarik yang ditawarkan ialah percutian selama tujuh hari, enam malam pada Majlis Pembukaan Sukan Olimpik 2024 di Paris bernilai RM50,000 dan banyak lagi hadiah menarik. Turut ditawarkan ialah hadiah bulanan termasuklah telefon pintar dan barangan elektrik.

Pelanggan jenama itu boleh menyertai kempen itu dengan mendaftarkan keahlian Al-Ikhsan Sports melalui laman e-dagang rasmi Al-Ikhsan dan setiap ringgit yang dibelanjakan akan ditukarkan kepada markah serta peserta akan menerima e-mel secara mingguan untuk mengetahui status carta kedudukan terkini.

Majlis pelancaran kempen dan ulangtahun ke-30 jenama tersebut diadakah meriah di IOI Mall Putrajaya, pada Khamis dan dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, Ketua Pegawai Eksekutif, Al- Ikhsan Sports, Vach Pillutla dan dua duta Al-Ikhsan Sports Alif Satar dan Datuk Azizulhasni Awang.

Sempena 30 tahun, jenama itu juga merancang untuk memperluaskan ke pasaran baharu iaitu di negeri Sabah, Sarawak dan peringkat global, selain mensasarkan untuk melabur dalam digital, termasuk kedai dalam talian dan aplikasi mudah alih.

Mahu mengembangkan penawaran produk termasuk pemakanan sukan dan pelancongan sukan, jenama itu juga akan memberi tumpuan kepada memberikan pengalaman pelanggan yang hebat dan baik di dalam kedai mahupun dalam talian.

Padin