Kritik Filem Vik2ria Secret, Nadhir Nasar Tampil Beri Penjelasan – “Saya Perlu Buka Mulut Kerana…”

Pelakon Nadhir Nasar tampil menjelaskan tujuan dia mengkritik filem Vik2ria Secret yang didakwa tidak berkualiti.

Memetik laporan Gempak, Nadhir atau nama sebenar Ahmad Nadhir Ahmad Nasar mengatakan dia perlu menyuarakan pendapat itu agar karya seni dapat diperbaiki pada masa akan datang.

“Berat sebenarnya hendak mengulas mengenai isu ini kerana saya tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak namun, saya ambil pendekatan bersuara kerana mahu industri perfileman menjadi lebih baik,” ujarnya.

Menurutnya, sudah menjadi tanggungjawab sebagai anak seni untuk bersuara demi sesebuah karya yang bagus untuk dipertontonkan oleh masyarakat.

“Terpulang sekiranya ada pihak yang melihat saya sebagai ‘loud’ dan sebagainya kerana saya perlu membuka mulut.

“Lebih baik masyakat dan penonton didedahkan dengan naskhah berkualiti yang dapat menjana minda.

“Sebagai salah seorang yang bergiat dalam bidang seni, menjadi tanggungjawab saya untuk bercakap mengenai isu ini,” jelasnya.

Terdahulu, Nadhir mengkritik filem Vik2ria Secret yang menerima jumlah dana yang besar namun poster digunakan seperti tidak setimpal dengan perbelanjaan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kritik Kualiti Filem, Nadhir Nasar Dakwa Filem Ketinggalan? – “Poster Pun Macam Budak Intern Yang Buat”

Maya Basir