Hiburan By: Maya Basir July 23, 2023 @ 6:27pm

Kritik Filem Vik2ria Secret, Nadhir Nasar Tampil Beri Penjelasan – “Saya Perlu Buka Mulut Kerana…”

Pelakon Nadhir Nasar tampil menjelaskan tujuan dia mengkritik filem Vik2ria Secret yang didakwa tidak berkualiti.

Memetik laporan Gempak, Nadhir atau nama sebenar Ahmad Nadhir Ahmad Nasar mengatakan dia perlu menyuarakan pendapat itu agar karya seni dapat diperbaiki pada masa akan datang.

“Berat sebenarnya hendak mengulas mengenai isu ini kerana saya tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak namun, saya ambil pendekatan bersuara kerana mahu industri perfileman menjadi lebih baik,” ujarnya.

Menurutnya, sudah menjadi tanggungjawab sebagai anak seni untuk bersuara demi sesebuah karya yang bagus untuk dipertontonkan oleh masyarakat.

“Terpulang sekiranya ada pihak yang melihat saya sebagai ‘loud’ dan sebagainya kerana saya perlu membuka mulut.

“Lebih baik masyakat dan penonton didedahkan dengan naskhah berkualiti yang dapat menjana minda.

“Sebagai salah seorang yang bergiat dalam bidang seni, menjadi tanggungjawab saya untuk bercakap mengenai isu ini,” jelasnya.

Terdahulu, Nadhir mengkritik filem Vik2ria Secret yang menerima jumlah dana yang besar namun poster digunakan seperti tidak setimpal dengan perbelanjaan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kritik Kualiti Filem, Nadhir Nasar Dakwa Filem Ketinggalan? – “Poster Pun Macam Budak Intern Yang Buat”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 24 Sep 2018
Trending Mon, 9 Mar 2020

[VIRAL] “Adik Tak Marah ke?,”- Abang Syed Saddiq Rasmi Sertai UMNO

BEKAS Menteri Belia  Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerima kejutan apabila abangnya iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman secara rasmi menyertai Umno.  Perkara ini diumumkan sendiri oleh Syed Abdullah menerusi laman Instagram peribadinya […]

Featured Fri, 10 Mar 2023

“Dia Masih Isteri Saya” – Hampir 3 Tahun Berdepan Krisis, Musa Hassan Jelas Sudah 6 Bulan Tidak Sebumbung

Saya mempunyai prinsip untuk tidak mengamalkan perbuatan mengaibkan sesiapa – TS Musa Hassan

Featured Tue, 21 Jun 2022
Hiburan Wed, 29 May 2019

Skuad Seratus Ikhlas Undur Diri

Skuad Seratus Ikhlas telah melabuhkan tirainya di majlis berbuka puasa yang berlangsung di tapak TV3 Grand Bazar Ramadan Raya semalam.

Trending Sat, 31 Jul 2021

Santuni Golongan Asnaf, Bell Ngasri Bantu Ringankan Beban – “Mungkin Mereka Dah Lama Tak Makan Daging”

Pelakon dan pelawak Bell Ngasri memberi sokongan terhadap usaha mengagihkan daging korban kepada golongan memerlukan seperti golongan asnaf. Kata Bell atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri, 41, menyantuni golongan asnaf melalui cara itu merupakan langkah murni […]