Euforia Bola 2026
Trending By: Padin July 31, 2021 @ 10:45am

Santuni Golongan Asnaf, Bell Ngasri Bantu Ringankan Beban – “Mungkin Mereka Dah Lama Tak Makan Daging”

Pelakon dan pelawak Bell Ngasri memberi sokongan terhadap usaha mengagihkan daging korban kepada golongan memerlukan seperti golongan asnaf.

Kata Bell atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri, 41, menyantuni golongan asnaf melalui cara itu merupakan langkah murni dalam masa sama dapat berkongsi rezeki antara satu sama lain.

Bell merupakan duta kempen Korban Untuk Ummah anjuran Yayasan Maghfirah yang diadakan baru-baru ini.

“Agihan daging korban kepada asnaf adalah satu benda yang baik untuk dilakukan, kerana golongan ini memang memerlukan bantuan.

“Kita tidak tahu, mungkin mereka dah lama tak makan daging, nak beli pun mahal.

“Jadi pandangan saya, apa yang dilakukan Yayasan Maghfirah, patut dipuji. Bila kita agihkan daging korban, maknanya kita bagi bantuan. Ia satu hal yang murni.

“Saya menyokong dan sama-sama dengan yayasan melakukan kerja agihan kepada golongan asnaf,” katanya.

Bersetuju dalam agihan daging korban secara drive thru bagi menjaga prosedur operasi standard, Bell merasakan kempen ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung golongan yang kurang berkemampuan.

“Ramai yang terkesan dek kerana wabak ini. Ada antara mereka yang tidak boleh bekerja sehingga hilang punca pendapatan.

“Justeru, saya berpendapat bahawa bantuan sebegini diberikan kepada mereka yang memerlukan pada masa yang sangat tepat,” ujarnya.

Yayasan Maghfirah menerusi program Korban Untuk Ummah telah menyantuni golongan memerlukan di Projek Perumahan Rakyat, Lembah Klang pada hujung minggu lalu.

Pengurus Besar Yayasan Maghfirah, Tuan Aulia Rahman berkata pihaknya mensasarkan untuk mengutamakan korban di dalam negara ekoran pandemik yang melanda ketika ini.

“Kita sangat berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang peduli dengan nasib saudara-saudara mereka di sini dengan berkorban di dalam negara,” katanya.

Pada masa sama, sebanyak 40 ekor lembu dan 10 ekor kambing yang dibeli oleh penyumbang yayasan itu dikorbankan dan diagihkan kepada asnaf seperti ibu tunggal, anak yatim dan OKU dalam negara termasuk pedalaman Sabah.

Setiap keluarga asnaf akan menerima satu kilogram daging korban. Projek Korban Untuk Ummah ini juga turut dilaksanakan di beberapa negara luar iaitu Makkah, Afrika, Indonesia, Mesir dan Kemboja khas untuk golongan asnaf Muslim di sana.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 7 Mar 2020
Featured Mon, 10 Nov 2025

Ibu Hafiz Suip Meninggal Dunia

Ibu kepada penyanyi bersuara lunak, Hafiz Suip iaitu, Halizawati Salleh, 62, dilaporkan meninggal dunia pada Isnin.

Hiburan Mon, 22 Jan 2024

Tiada Niat Mahu Merampas, Cuma Ingin Berikan Kasih Sayang… Fizi Ali Hadir Mahkamah Perjuang Hak Penjagaan Anak

Fizi memfailkan kes hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah lantaran Shakila tidak mengizinkan dia bertemu anaknya.

Hiburan Mon, 4 Nov 2024
Featured Fri, 8 Nov 2024

Reda Soal Zuriat, Janna Nick Bawa Diri – “Ada Duit RM100,000 Pun Kalau Allah Kata Belum, Tak Dapat Juga”

Janna mengaku bahawa dia reda dengan ketentuan Tuhan terhadap rezeki yang diberikan termasuklah soal zuriat.

Hiburan Tue, 5 Dec 2023
error: Content is protected !!