Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 2, 2021 @ 7:00pm

“Hanya Ada 1 Keluarga Tertuduh Minta Maaf, Yang Lain Tidak…” – Ini Reaksi Ibu Bapa Allahyarham Zulfarhan Sebaik Sahaja Keputusan Mahkamah Dibuat… Sebaknya!

Pastinya kehilangan insan tersayang yang menjadi tunggak harapan dan idola buat keluarga merupakan tamparan paling hebat buat ibu bapa Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman iaitu Zulkarnain Idros, 57 dan Hawa Osman, 58.

Sebak dan berharap agar hukuman lebih berat dikenakan terhadap tertuduh, Osman bagaimanapun secara jujurnya telah memaafkan perbuatan kesemua tertuduh.

“Berat hati nak cakap, tetapi secara jujurnya saya memaafkan perbuatan tertuduh,” katanya.

Menurutnya, setakat ini hanya keluarga kepada seorang tertuduh sahaja yang datang berjumpa dengannya dan memohon maaf atas kejadian terbabit.

“Hanya ada satu keluarga tertuduh jumpa saya minta maaf, yang lain tidak berbuat demikian. Ia seolah-olah anak saya pula bersalah dan membunuh. Janganlah begitu, jangan kita memutuskan tali silaturarhim, berbuat baiklah,” ujarnya.

Manakala, ibu Allahyarham Zulfarhan yang kini masih mengalami trauma, katarak serius dan penyakit darah tinggi akibat kerap menangis dan susah untuk tidur berkata, Allahyarham anak sulungnya itu menjadi harapan buat keluarganya untuk membantu  membiayai adik lain menyambung pelajaran di universiti memandangkan ayahnya kini telahpun bersara dan hanya memandu teksi.

“Kehilangan arwah beri kesan kepada saya dan suami kerana kami menanam impian arwah akan menjaga kami ketika usia tua.

“Saya juga mengalami kesedihan berpanjangan apabila nama arwah disebut. Arwah adalah lambang kasih sayang pertama saya dan suami dalam membina rumah tangga.

“Saya mengalami katarak serius akibat kerap menangis yang melampau serta mengalami darah tinggi kerana tidak dapat tidur malam.

“Kejadian ini menyebabkan saya trauma untuk melepaskan anak-anak sendirian menyambung pelajaran di peringkat tertinggi kerana bimbang kejadian sebegini akan berulang kembali,” jelasnya.

Terdahulu, Allahyarham Zulfarhan Osman yang menuntut di UPNM maut dalam insiden menyayat hati akibat didera, ditendang dan ditekap seterika wap sehingga beliau mengalami komplikasi luka lecur membabitkan hampir 80 peratus dipermukaan badannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Bunuh Zulfarhan, Kesemua 18 Pelajar UPNM Didapati Bersalah, 6 Terlepas Hukuman Gantung Sampai Mati

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Dibiarkan Malaun-Malaun Ni Terlepas” – Netizen Mahu Hukuman Mandatori Buat OKT Kes Zulfarhan Osman

 

Sumber: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 2 Aug 2018

Vivy Yusof Kecewa Ramai Sarung Tudung Jenama Tiruan?

Nampaknya isu penggunaan barang tiruan terus hangat diperkatakan di laman sosial. Persoalannya, adakah anda bersetuju dengan kenyataan di atas, tepuk dada tanya selera okay?

Hiburan Fri, 14 Dec 2018
Featured Sat, 2 May 2020

Kejayaan memerangi COVID-19 bergantung pada kerjasama masyarakat

Kerajaan sudah memainkan peranan sepatutnya

Kes Mahkamah Tue, 16 Apr 2024
Hiburan Wed, 13 Jun 2018

Seronok Masih Dapat Duit Raya Atuk

Lagi seronok, jumlah duit raya ditambah setiap tahun bagi cucu yang belum mendirikan rumah tangga. Agak-agak tahun depan Mira masih dapat tak? Hehe

FESYEN Fri, 11 Oct 2019
error: Content is protected !!