Euforia Bola 2026
Kes Mahkamah By: Atiqah Johari April 16, 2024 @ 7:09pm

Isu Didakwa Beri Kenyataan Fitnah, Aliff Syukri Disaman RM70 Juta Oleh Bekas Menteri

Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menuntut bayaran berjumlah RM70 juta terhadap ahli perniagaan popular, Datuk Seri Aliff Syukri atas dakwaan memfitnah.

Memetik laporan Berita Harian, Abdul Kadir memfailkan saman terhadap Aliff kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya menerusi aplikasi Instagram dan Facebook pada 2 Julai 2023.

Kenyataan yang dikeluarkan Aliff mendakwa Abdul Kadir berhutang dengannya berjumlah jutaan ringgit selain meletakkan gambarnya pada kenyataan yang mengundang kritikan daripada warganet.

Bukan sahaja menuntut RM70 juta, Abdul Kadir turut meminta ganti rugi yang dinilai mahkamah dan perintah supaya Aliff memberi aku janji bertulis tidak akan menyiarkan sebarang fitnah terhadapnya serta permohonan maaf tanpa syarat disiarkan di akaun media sosial usahawan tersebut selama tujuh hari.

Namun begitu, Aliff memberi pernyataan pembelaan pula mendakwa bahawa telah membayar pelaburan RM30 juta untuk mematuhi perjanjian bersama bertarikh 26 November 2018 yang melibatkan dirinya, Abdul Kadir dan dua syarikat.

“Pihak-pihak dalam perjanjian usaha sama gagal membuat pembayaran wang dilaburkan saya dan segala pelanggaran janji sedemikian termasuk aku janji diberikan kepada saya adalah dalam pengetahuan plaintif sendiri,” ujarnya.

Menerusi prosiding hari ini, Mahkamah Tinggi telah menetapkan perbicaraan kes terbabit selama tiga hari pada awal 2026.

Oleh itu, Hakim iaitu Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh memutuskan 6 hingga 8 Januari 2026 sebagai tarikh bicara, manakala 5 Julai ini untuk pengurusan kes selanjutnya.

Sebelum ini, peguam bela Abdul Kadir, T Dheenish berkata bahawa anak guamnya akan memberi keterangan pada perbicaraan kes saman itu.

“Kemungkinan pihak plaintif akan memanggil beberapa saksi daripada portal berita yang menerbitkan dakwaan defendan yang dimuat naik di Instagram dan Facebook,” katanya.

Peguam, Mohd Tajudin Abd Razak mewakili Aliff Syukri berkata pihak defendan akan mengemukakan dua saksi iaitu usahawan itu sendiri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid untuk memberi keterangan.

Artikel Berkaitan: Selepas Pengasas Tudung, Aliff Syukri Tuntut Hutang Pada Bekas Menteri Pangkat Tan Sri Pula

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 31 Dec 2020
Selebriti Thu, 20 Jun 2024
Trending Mon, 6 Aug 2018

Jadi Isteri Tak Sampai 24 Jam, Akhirnya Fatin Pergi Jua…

Pernikahan mereka berjalan serba ringkas, hanya dihadiri ahli keluarga terdekat, tiada baju pengantin, malah ketika Azzam melafazkan akad nikah, Fatin Nursyahirah hanya mampu terbaring di atas katil, sebelum dia dimasukkan ke Hospital Jitra petang itu untuk menjalani rawatan akibat sesak nafa

Featured Fri, 2 Sep 2022

“Sejarah Akan Berulang Kalau Tidak Dijaga” – Fikry Ibrahim Idam Watak Pahlawan Negara

Fuhh mesti best kan kalau Fikry berlakon watak pahlawan 😍

Featured Mon, 19 Dec 2022

Video Tuju Pada Diri Sendiri Disalah Erti, Sherry Alhadad Mohon Maaf

Salah faham je ni.. Sherry pun dah minta maaf

Hiburan Tue, 18 Nov 2025
Filem Mon, 6 May 2024
Featured Wed, 14 Jan 2026

“Jangan Pernah Pisahkan Kasih Sayang Ayah Pada Anaknya”- Fazley Yaakob

Fazley turut mengingatkan agar setiap pasangan yang sudah berpisah kekal profesional dan saling bertoleransi antara satu sama lain.

error: Content is protected !!