Hiburan By: SGMS Enal May 29, 2019 @ 4:26pm

Skuad Seratus Ikhlas Undur Diri

Skuad Seratus Ikhlas yang diperkenalkan oleh 100PLUS dengan kerjasama Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) menerusi kempen ‘Seratus Ikhlas; Setulus 100PLUS’ telah melabuhkan tirainya di majlis berbuka puasa yang berlangsung di tapak TV3 Grand Bazar Ramadan Raya, semalam.

Bersempena dengan bulan Ramadan tahun ini, 100PLUS berkongsi mesej-mesej positif dan memberi kecergasan kepada semua rakyat Malaysia supaya kekal aktif untuk melakukan ibadah dengan lebih sempurna sepanjang bulan Ramadan dan Syawal ini dengan mengaktifkan Skuad Seratus Ikhlas yang diketuai oleh Mira Filzah dan Hairul Azreen selaku duta, dan disertai oleh selebriti-selebriti popular seperti Syafiq Kyle, Sufian Suhaimi, Andi Bernadee, Amira Othman dan Sarah Suhairi.

Skuad Seratus Ikhlas dan Sembang Sahur TV3 telah berkunjung ke lokasi- lokasi terpilih seperti Maahad Tahfiz Sungai Buloh, Balai Bomba Melaka dan rumah keluarga Bersamamu bagi aktiviti singgah sahur sepanjang bulan Ramadan ini. Selain itu, Skuad Seratus Ikhlas juga melakukan aktiviti sumbangan dan ibadah di Kuantan (15 Mei), Sekinchan (19 Mei), Kuala Lumpur (21 Mei), Bangi (22 Mei) dan turut menyertai acara padang Check In Kampung di Tangkak, Johor (24 Mei).

Menurut Encik Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, “Tahniah kepada 100PLUS atas kejayaan Skuad Seratus Ikhlas yang telah sama-sama menyempurnakan program Singgah Sahur di lokasi-lokasi terpilih. Lebih bermakna, Skuad Seratus Ikhlas juga menganjurkan lima aktiviti sumbangan dan ibadah sepanjang bulan Ramadan ini. Dengan setulus ikhlas, saya percaya aktiviti Skuad Seratus Ikhlas dapat berkongsi kegembiraan dan mesej positif sepanjang penglibatan mereka. Kami berharap kolaborasi seperti ini dapat diteruskan dan memberi manfaat kepada penonton kami.”

Skuad Seratus Ikhlas yang disertai oleh Andi Bernadee dan Sarah Suhairi telah menjayakan misi pertama di Maahad Tahfiz Darul Ulum, Kuantan. Aktiviti yang diaktifkan oleh 100PLUS itu telah berlangsung pada 15 Mei 2019. Bersama-sama dengan pelajar maahad tahfiz, kedua-dua selebriti tersebut telah bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah, disusuli tazkirah ringkas oleh ustaz jemputan, berbuka puasa dan diakhiri dengan solat terawih berjemaah.

Misi kedua Skuad Seratus Ikhlas diteruskan dengan Amira Othman ke Tanjung Karang, Selangor pada 19 Mei. Skuad Seratus Ikhlas berkunjung ke rumah kak Ogy, seorang ibu tunggal yang menjaga 7 orang anak yatim dan ibunya yang telah lumpuh selama 6 tahun. Keperitan yang dialami oleh kak Ogy sekeluarga amat menyentuh hati. Antara aktiviti yang dilakukan ialah pemasangan karpet dan langsir yang baru di ruang tamu, membersihkan kawasan sekeliling selain membeli beberapa peralatan rumah untuk kegunaan kak Ogy sekeluarga. Semoga misi yang diaktifkan oleh 100PLUS ini mampu meringankan beban selain memberi sinar kepada keluarga kak Ogy untuk menyambut hari lebaran kelak.

Misi ketiga Skuad Seratus Ikhlas yang diketuai oleh Hairul Azreen, disertai oleh Syafiq Kyle dan Andi Bernadee telah berkunjung ke Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur pada 21 Mei 2019. Misi ini bermula dengan penyediaan bubur lambuk sebanyak 100 pek dan berbuka puasa bersama warga Pusat Transit Gelandangan. Skuad Seratus Ikhlas  juga berkongsi mesej-mesej positif dengan mereka. Selepas solat Isyak, Skuad Seratus Ikhlas teruskan aktiviti agihan bubur lambuk dan minuman 100PLUS kepada masyarakat di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

Skuad Seratus Ikhlas  bersama Syafiq Kyle dan Sufian Suhaimi meneruskan misi keempat di Sekolah Kita, Cinta Syria di Bangi pada 22 Mei 2019. Objektif misi ini adalah untuk menyediakan satu sudut bacaan yang lebih selesa dan lengkap kepada para pelajar Sekolah Cinta Syria. Selain itu, ini juga peluang terbaik bagi Skuad Seratus Ikhlas untuk mendekati dan memberi kasih sayang kepada budak-budak Syria seramai 60 orang. Yang terakhir, Skuad Seratus Ikhlas disertai oleh Sufian Suhaimi berlabuh di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Tangkak, Johor pada 24 Mei 2019 bersempena dengan Check In Kampung di Tangkak.   

Untuk dapatkan maklumat lanjut, layari portal info terkini Xtra, www.xtra.com.my atau laman-laman media sosial rasmi TV3, @TV3malaysia di Facebook, Twitter, dan Instagram. Pastikan anda gunakan tanda pagar #SetulusIkhlas, #SkuadSeratusIkhlas, #SeratusIkhlas dan #AktifkanRamadanmu bagi merancakkan perbualan di alam maya.

Jangan lupa untuk kekal hidrat, segar dan bertenaga sepanjang bulan Ramadan bersama dengan 100PLUS *Info lanjut di https://100plus.com.my/ *

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 18 Apr 2018

Pulau ‘Is Too Mainstream’, Percutian Sungai ‘Is The New Trend’!

Pilihan penginapan 3 hari 2 malam di pinggiran Sungai Kinabatangan nyata memacu adrenalin sang pengembara tegar seperti anda dan xtra senaraikan 5 sebab anda WAJIB opted percutian Sungai ini, dan lupakan pelancongan mainstream ke Pulau, serius!

Hiburan Fri, 5 Apr 2019

Nelydia Senrose Kahwin Esok?

Selamat Pengantin Baharu Nelydia & Hafiz!

Hiburan Tue, 11 Dec 2018

#mentor7: ‘Kalau Boleh Saya Nak Megat Dan Pasya Ke Final Tapi Apakan Daya…’ Aizat Sebak Penyingkiran Protege

Ketiadaan Megat di dalam Mentor 7 bukan saja memberi kesan kepada saya dan Pasya malah seluruh pasukan produksi…

Featured Sat, 16 Mar 2024
Hiburan Fri, 6 Oct 2023
Hiburan Wed, 22 Nov 2023