Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain October 19, 2023 @ 5:12pm

Aidil Aziz Tak Sangka Ditawar Berlakon Filem Selepas Nekad Bina Badan – “Dulu Saya Saiz M, Sekarang Dah L”

Pelakon Aidil Aziz meluahkan rasa teruja dan bersyukur dapat bekerjasama dengan pengarah, Datuk Afdlin Shauki menerusi filem arahannya Harimau Malaya: The Untold Journey.

Menurut Aidil, tawaran tersebut datang bergolek disaat dirinya benar-benar nekad untuk membina badan agar kelihatan sedikit besar.

Malah, Aidil juga bersyukur apabila hasratnya itu mendapat sokongan dari isterinya, Fasha Sandha.

“Alhamdulillah, saya sangat gembira dan bersyukur dapat memegang watak sebagai salah satu pemain bola sepak Malaysia dalam filem ini. Sebenarnya saya sangat gembira sebab bola adalah makanan saya.

“Sukan yang saya selalu main setiap minggu. Sebenarnya sebelum dapat offer filem ini, saya memang cakap dekat isteri saya, Fasha yang saya memang nak besarkan badan.

“Sebelum ni saya saiz M sekarang dah saiz L sebab saya nak ada penampilan baru dengan fizikal yang baru untuk tawaran kerja yang baru. Saya dah selalu berlakon drama selama 14 tahun.

“Sekarang saya nak fokus pada filem. Jadi selepas raya tu saya memang dah fokus bina badan dengan membuat kardio dari bermain bola,” katanya.

Teruja bakal melakonkan watak pemain bola sepak Dion Cools, Aidil menyatakan dia mengambil masa lima bulan sahaja untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan.

Namun, pelakon itu menyatakan dia juga sudah mula mengambil inisitif untuk menjaga pemakanan yang sihat memandangkan dia memerlukan stamina yang tinggi untuk filem ini.

“Saya ambil masa dalam lima bulan untuk dapatkan bentuk badan sekarang. Tak sangka, bila tiba masanya Allah bagi rezeki yang kena dengan fizikal saya dapat offer untuk berlakon filem ini.

“Selepas dapat tawaran tu saya terus call Afdlin sebab saya tak pernah bekerjasama dengan dia. Jadi, saya terus terima tawaran itu.

“Saya memang suka kan bola. Kalau tak dapat jadi player bola, dapat berlakon jadi pemain bola itu pun jadilah.

“Sebelum dapat offer ni saya tak jaga makan. Tapi saya ambil inisiatif untuk mula menjaga sebab perlukan fitness dan stamina yang sangat bagus untuk filem ini,” jelasnya.

Selain Aidil, filem ini juga bakal dibintangi oleh barisan pelakon yang hebat seperti Sophia Albarakbah, Syafiq Kyle, Zahirah Macwilson, Aiman Hakim Ridza, Fazura, Fattah Amin, Namron, Tony Eusoff dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 20 Dec 2018

演唱会绝无冷场!草蜢:过程就像坐云霄飞车

草蜢重返云顶云星剧场舞台!连续三年来马开唱的草蜢,直言歌迷不会有「被骗钱」的感觉,且还会有坐云霄飞车的感觉,起伏很大。

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

#Mentor7: Ada Sebab Hafiz Pilih Amal, Azmirul Jadi Protege

Kenapa agaknya Hafiz memilih protege lelaki untuk program Mentor 7?

Hiburan Sun, 5 Apr 2026

Sarah Yasmine Tuntut Didi & Bella Astillah Tunai Janji Tertangguh 2 Tahun – “I Am Sick & Tired Of This”

Sarah Yasmine mendakwa Bella Astillah & Didi Astillah masih belum tunai janji yang tertangguh selama dua tahun.

Hiburan Thu, 12 Feb 2026

‘Mau But Malu’ Curi Hati, Allan Andersn Angkat Kisah ‘Friendzone’ Dengan Irama Groovy

Allan juga merancang melancarkan beberapa single lagi sepanjang 2026 sebagai langkah menuju projek EP dan album seterusnya

Hiburan Thu, 23 Nov 2017

PANDAI WAK DOYOK PILIH?

Malika juga turut meng upload gambar bersama kekasihnya itu berserta status yang mungkin secara tidak langsung memberi hint tentang relationship beliau bersama Wak.

Hiburan Sun, 5 Jan 2020
Featured Mon, 22 Jul 2024
Featured Fri, 26 Aug 2022

Gara-Gara Nak ‘Cancel’ Fazura, Individu Ini Dikecam Netizen

Alamak, ni apa kes? Tak ada angin tak ada ribut, kenapa individu ni sampai nak cancelled Fazura? Sendiri cari penyakit, kan dah kena kecam 😌

error: Content is protected !!