Featured By: Atiqah Johari May 16, 2023 @ 3:36pm

Aziz Hedra Tampil Dengan Single Sulung, ‘Somebody’s Pleasure’ Raih Lebih 2 Juta Tontonan!

Terkenal dengan menyanyikan lagu cover di media sosial, kini penyanyi kacak Indonesia, Aziz Hedra tampil dengan single pertama dalam Bahasa Inggeris yang berjudul “Somebody’s Pleasure”

Pada awalnya, Aziz tidak merancang untuk melancarkan “Somebody’s Pleasure” di media sosial namun berubah fikiran dan membuat keputusan untuk menukar sususan asal lagu terbabit daripada piano instrumental kepada format lagu penuh.

Aziz memiliki minat yang mendalam terhadap muzik sejak kecil dan gemar mengekpresikan perasaannya menerusi lagu-lagu cover di YouTube dan TikTok malah minat Aziz ini disokong oleh ahli keluarga dan rakan-rakannya.

Lebih membanggakan, Aziz telah mencapai impiannya untuk menjadi penyanyi di bawah syarikat rakaman dalam industri muzik Indonesia.

“Saya gembira dan bangga kerana dapat menyertai label Sony Music Entertaiment, saya berpeluang untuk bekerja dengan pasukan yang berpengalaman dalam bidang muzik, mereka sangat mudah memberi kerjasama. Dengan penglibatan ini, saya harap dapat menghasilkan lebih karya yang disukai ramai pada masa akan datang,” jelasnya.

Lagu yang ditulis sendiri Aziz Hedra ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang berada dalam fasa terendah dalam hidupnya.

“Lagu ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang sedang berada dalam situasi terendah, kadang-kadang, kita melalui fasa di mana kita harus bersusah payah dalam pelbagai aspek kehidupan, namun begitu masalah masih belum selesai. Semuanya datang serentak umpama dilanda badai.

“Namun begitu, kita harus ingat bahawa kita tidak seorang dalam kehidupan, kita ada keluarga dan rakan-rakan yang sedia membantu. Lagipun, semua orang ada masalah masing-masing, jadi, jangan sesekali fikir masalah kita yang paling besar. Mungkin apa yang dialami setiap orang itu berbeza, tapi sesuai dengan kemampuan masing-masing.

“Kesimpulannya, jangan biarkan diri kita hanyut dalam masalah, usahalah untuk cari jalan keluar,” kata Aziz yang meminati muzik genre Pop dan R&B.

Penyanyi kacak ini juga bersyukur kerana single sulungnya ini mendapat sambutan daripada luar dan dalam negara.

Sehubungan itu, “Somebody’s Pleasure” boleh distrim di semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, Youtube dan Youtube Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 20 Aug 2019

#JomBantu Buat Kakitangan Utusan Malaysia

Tiada lagi cetakkan akhbar mulai Rabu ini hingga tarikh baru di kongsikan

Hiburan Fri, 15 Sep 2023
Hiburan Tue, 2 Jul 2019

Zara Zya Akui Majlis Pernikahan Tidak Akan Berlangsung?

Kita doa yang baik-baik sahaja okay!

Hiburan Mon, 7 Oct 2019

创作精灵白安《1990s》马来西亚宣传

相隔好一段时间没来马来西亚宣传的白安终于带着她的第三张创作专辑《1990s》来马宣传啦!

Featured Wed, 2 Nov 2022

Didakwa Riyak Kerana Sumbat Wang RM2 Juta Dalam Bonet Lamborghini, Usahawan Ditempelak Netizen – “Van Jenazah Lagi Luas”

Seorang usahawan dan juga pempengaruh teruk dikecam oleh warganet akibat memuat naik video bersama kereta mewah Lamborghini miliknya. Usahawan itu memberitahu kepada wargamaya bahawa kereta mewah itu mempunyai bonet yang kecil dan tidak boleh memuatkan […]

Hiburan Mon, 24 Jun 2024
Featured Tue, 11 Sep 2018

Jurufoto Ini Guna Refleksi Cermin Untuk Mengambil Gambar Keindahan Alam. Hasilnya Memang Wow!

Dengan menggunakan cermin bulat, hasil karyanya memang cukup mengagumkan!