Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir September 15, 2023 @ 5:47pm

“Ia Terlalu Peribadi” – Luah Rasa Kecewa Pada Seseorang, Fazura Akui Berkecil Hati

Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura tidak mahu mengulas lanjut mengenai luahan kekecewaan yang dimuat naik di TikTok, baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, perkara yang terjadi adalah terlalu peribadi untuk dikongsikan namun akui ada beberapa perkara yang membuatkan dirinya kecewa.

“Maaf saya tak boleh komen. Ia terlalu peribadi. Kita buat semuanya kerana Allah.

“Mungkin sesetengah manusia itu berat untuk berterima kasih dan ada isu-isu yang membuatkan saya berkecil hati sedikit.

“Saya sekarang nak hidup tenang jadi apa-apa perkara yang buat saya terganggu, saya mahu elakkan. Jadi lebih baik saya berdiam diri,” katanya.

Menurut Fazura, di usia 40 tahun ini dia mahu hidup dengan tenang tanpa sebarang tekanan.

“Saya nak hidup tenang dan tak mahu tertekan. Keutamaan saya sekarang ini adalah melindungi ketenangan saya.

“Apa yang buat saya tertekan saya perlu jauhkan diri, seperti kawan-kawan atau keluarga jauh yang memberikan kekecewaan. Saya sudah buat bahagian saya. Itu sudah mencukupi,” jelasnya.

Terdahulu, Fazura memuat naik hantaran di TikTok seakan kecewa terhadap seseorang.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkongsian Nur Fazura Sentuh Hati Netizen… Pernah Tak Dihargai, Pilih Jauhkan Diri Demi Ketenangan Diri – “Sudah Cukup Kecewa Di Hati…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 9 Aug 2019

Mengaku Silap…Janna Nick Mohon Maaf!

Ambil positif semuanya.

Hiburan Tue, 19 Jul 2022
Hiburan Wed, 13 Dec 2023

Uk’s & Slam Bergabung! Bakal Gegarkan Stadium Malawati Februari Depan

Wah terbaiklah UK’SLAM bergabung atas satu pentas

Hiburan Tue, 27 Mar 2018

Cabaran Anuar Zain Berdepan BCL Dan Yuka

Bagi penyanyi A-List ini, dia dan dua lagi penyanyi yang popular di negara Indonesia itu perlu memilih lagu mengikut kesesuaian vokal mereka memandangkan ini adalah kali pertama mereka bekerjasama

Hiburan Tue, 12 May 2026

Fazura Sedia Nyanyi Lagu Hasil Sentuhan Aiman Sidek – “Your Time To Shine Now”

Fazura berkata pihak syarikat rakaman mewakilinya akan menghubungi Aiman dalam masa terdekat bagi meneruskan proses pembikinan lagu tersebut. 

Trending Fri, 30 Oct 2020

Kelonggaran Akad Nikah Di Selangor Bermula November Ini

Harap maklum bagi pasangan pengantin

error: Content is protected !!