Featured By: Khairil Khusyairi April 13, 2023 @ 6:13pm

Shila Amzah Nafi Isteri Baharu Bapa Kawan Baik – “Dia Lebih Rapat Dengan Mak Berbanding Saya”

Penyanyi popular, Shila Amzah, menafikan wanita bernama Siti Munirah yang didakwa isteri baru bapanya, ND Lala itu adalah rakan baiknya.

Memetik laporan Harian Metro, Shila berkata, wanita berkenaan tidak layak digelar rakan baik.

“Sudah tentu saya mengenalinya. Pada saya, tidak ada orang baik yang akan berkelakuan seperti itu. Saya tiada ucapan baik mahupun buruk kepadanya.

“Segala rasa untuk diberikan tidak memadai kepadanya sama ada sayang atau benci. Saya rasa dia tidak layak menerima apa saja rasa daripada saya,” katanya.

Tambah Shila, dia dan wanita tersebut dikatakan agak rapat ketika di bangku sekolah dan Siti Munirah sering tidur di rumah mereka.

“Dia selalu bercerita mengenai masalahnya kepada saya. Apabila dewasa pula kami memang sudah tidak begitu rapat kerana dia seorang yang suka menghilangkan diri.

“Saya anggap kami tiada persefahaman saja. Namun, dia lebih rapat dengan mak berbanding saya selepas tamat sekolah. Ini adalah realiti dan saya perlu perjelaskan kerana dia bukan kawan baik saya,” jelas Shila.

Dalam pada itu, pelantun lagu Patah Seribu itu perkara tersebut bukan asing baginya dan keluarga malah menganggap itu adalah ujian buat mereka sekeluarga.

“Untuk saya sendiri, ini bukanlah perkara asing dan keadaan keluarga saya ketika ini bukan perkara baharu. Mungkin ada keadaan atau kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Bagi saya, apabila ada perkara buruk berlaku, saya tidak akan melihat secara keseluruhannya adalah buruk kerana tiada apa yang abadi di dunia ini.

“Di dalam dunia ini kita boleh usaha dan ikhtiar mencari kebahagiaan sendiri, tapi tiada siapa yang dijanjikan kesempurnaan dan keabadian. Jadi, apa yang terjadi itu adalah asbab (untuk menjadi lebih baik). Saya reda dan berdamai dengan apa jua keadaan,” katanya.

Reda dengan apa yang terjadi, Shila berkata dia memberi sepenuh sokongan kepada ibunya dan mahu ibu bapanya itu gembira biarpun masih bersama atau sebaliknya.

“Dalam masa sama, saya tidaklah terlalu memanjakannya. Disebabkan perkara ini pernah terjadi kepada diri sendiri, apa yang saya boleh katakan kekuatan itu perlu datang daripada diri sendiri.

“Tidak kira seberapa banyak sokongan atau kasih sayang yang diterima, kalau diri sendiri yang memilih untuk tidak menyayangi diri sendiri, maka tiada perkara baik akan terjadi. Diri sendiri perlu bersedia menerimanya.

“Sebenarnya kami sebagai anak tiada apa pun perkara buruk yang mahu diucapkan kepada ibu bapa kami. Cuma, kami doakan kalau mahu bahagia, ikutlah cara sendiri. Sebagai seorang anak, saya hanya mahu ibu bapa saya gembira tidak kira masih bersama atau tidak,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Syada Amzah Perjelas Ibu Ke Mahkamah Bukan Untuk Fail Cerai, Kunci Mulut Tujuan Sebenar

ARTIKEL BERKAITAN:Seakan Sahkan Spekulasi Krisis Rumah Tangga, Isteri ND Lala Dedah Wajah Penyondol Di Instagram? 

ARTIKEL BERKAITAN:Nikah Wanita Muda, Selebriti Lelaki Popular 80-an Didakwa Berkahwin Lagi Secara Rahsia?

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 31 May 2023
Trending Wed, 21 Feb 2018

亚裔爸爸失业2年被人资酸「不会英文就滚」女儿伤心贴网后……

人资代表了一间公司的门面,但也绝非每位人资都非常亲切友善。美国一位网友就因为越南裔的爸爸在找工作时,受到人资经理的污辱,气愤地把事情经过PO上网,引发热议,后续还发生了不可思议的效应!

Featured Tue, 26 Oct 2021

Gadis Teruja Pertama Kali Bertemu Teman Lelaki Selepas 11 Bulan Bercinta Dalam PUBG

Permainan video nampaknya semakin popular dalam kalangan anak muda masa kini. Malah, ada yang menjadikan platform permainan video sebagai tempat berkenalan dan bertemu jodoh. Siapa sangka, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @raden.girin ini telah […]

Hiburan Sun, 4 Nov 2018

周博华暌违9年重返剧场!与吴维彬演音乐剧

继《释迦牟尼佛传》和《文成公主》等音乐剧后,何灵慧导演带领她的团队呈现全新的百万令吉大型音乐剧《药师如来》于11月16日至18日,在吉隆坡蒂蒂旺沙室内体育馆公演!

Hiburan Fri, 29 Dec 2023
Hiburan Mon, 17 Sep 2018
Hiburan Sun, 7 Oct 2018