Hiburan By: Maya Basir December 29, 2023 @ 4:39pm

“Fasa Menurun Tak Semua Nak Ambil Tahu..” – Didakwa Tiada ‘Job’ Punca Jual Gula-Gula, Ini Respons Achey

Pelawak Achey memberi penjelasan tentang dirinya didakwa menjual gula-gula Tiara Candy kerana sudah tidak lagi terima tawaran bekerja.

Menerusi hantarannya di Instagram, dia percaya rezeki datang daripada Allah dan yang paling penting adalah usaha.

Menurutnya, menjalankan perniagaan sama seperti naik dan turun sebuah kehidupan itu.

“Hidup ni mudah. Allah dah sediakan semuanya tinggal kita je usaha. Tak rajin tak dapat. Meniaga bukan siapa lebih popular tapi meniaga ni anda kena nikmati perjalanannya.

“Graf naik graf turun kena rasa. Fasa ianya meletup orang semua bercakap dan akan kira pendapatan kita. Fasa ianya menurun tak semua nak ambil tahu.

“Oleh kerana kita nikmati perniagaan itu, naik seronok turun pun seronok kerana situasi itu bukan direka tapi telah ditetapkan Allah.

“Rajin jangan putus asa. Teruskan apa yang kau suka yang penting halal,” ujarnya.

Sementara itu, Achey menjelaskan perniagaan Tiara Candy itu adalah untuk mendidik anak perempuannnya, Nur Tiara Zinnirah sebagai salah satu kemahiran hidup pada masa akan datang.

“Lagi satu sesuai untuk mendidik anak aku. Kita tunjukkan depan dia sentiasa betapa susahnya untuk mendapatkan imbuhan demi keperluan kita.

“Pembelajaran anak tentang kehidupan adalah apa yang kita lakukan seharian supaya Tiara terdidik dengan cara.

“Kamu nak? Kamu usahakan. Bukan saja perniagaan, kehidupan, keinginan, pendidikan tapi dalam agama juga,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 7 Oct 2019

Tol Tidak Jadi Di Hapuskan Betul Ke?

Apa yang terkandung di manifesto dan pemahaman tidak sama?

Trending Thu, 22 Feb 2018

KENAPA WANITA SUKAR DIFAHAMI?

Kaum lelaki harus faham, wanita tidak berterus terang dan selalunya menggunakan pendekatan ‘berkias’. Seringkali, lelaki perlu berusaha memahami segala kehendak wanita.

Trending Mon, 23 Jan 2023
Hiburan Thu, 5 Jul 2018