Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain September 26, 2023 @ 12:22pm

Artis Popular Mohon DKD Dipertikai, Ini Respons Liza Hanim – “Saya Tidak Menerima Dana Ini Dengan Mudah…”

Penyanyi Liza Hanim tampil mengulas isu berkaitan artis tempatan popular memohon dan berjaya menerima Dana Kandungan Digital (DKD) yang kini mula menjadi pertikaian orang ramai.

Menurut Liza, sebagai rakyat Malaysia dia juga berhak untuk mendapatkan hak keistimewaan itu lebih-lebih lagi sudah lebih dua dekad berada dalam industri.

“Salah ke penyanyi mohon DKD? Saya juga rakyat Malaysia dan berhak untuk menikmati keistimewaan yang ditawarkan kerana saya sudah berada dalam industri seni lebih 20 tahun,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Liza turut menyatakan orang luar tidak sewajarnya mempersoalkan mana-mana insan seni yang berminat untuk memohon DKD bagi menghasilkan karya seni yang mereka ingin lakukan.

“Sesiapa saja boleh memohon. Saya tidak menerima dana ini dengan mudah, sebaliknya saya sendiri yang sediakan kertas kerja serta dokumen diperlukan dan turun padang menghadiri sesi ‘pitching’.

“Bagi saya, DKD yang diberikan kepada penyanyi tempatan tidak sepatutnya dipertikaikan kerana terbuka kepada sesiapa yang ingin memohon dana ini dan ia berbalik kepada rezeki. Alhamdulillah kali ini rezeki saya dapat DKD ini,” jelasnya.

Biarpun menerima sejumlah dana yang berjaya diluluskan, Liza bagaimanapun mengakui ia masih belum cukup untuk menampung baki perbelanjaan konsert sulungnya yang dijangka berlangsung tahun depan.

Bahkan, pelantun lagu Gelisah Mimpi itu turut menyatakan dia perlu bekerja keras demi merealisasikan konsert itu selepas menerima dana.

“Sebenarnya ia masih tidak cukup untuk saya mengadakan konsert. Malah, sewaktu sesi ‘pitching’ dilakukan pihak penilai turut mempersoal mampukah saya mencari dana untuk menampung baki perbelanjaan untuk konsert itu nanti.

“Bagi memastikan konsert ini direalisasikan saya perlu lebih berusaha keras untuk mencari duit dan bukannya ‘goyang kaki’ selepas terima dana ini.

“Sebenarnya nak buat konsert menelan kos yang tinggi kerana membabitkan tenaga kerja dan pasukan yang ramai,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Liza Hanim Sedih Dikutuk Hidung Kembang & Kulit Gelap, Sekali Siti Nurhaliza Bidas – “Netizen Konon Pandai Menilai Tapi…”

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 9 Oct 2018

Disuruh Putihkan Kulit, Ika Nabella Naik Angin?

‘Melayu will always be Melayu’, Oh tangkap gambar dengan kau kena naikkan glow. Oi! Ko putihkan muka aku sampai hilang batang hidung aku kau edit.

Hiburan Mon, 15 Apr 2019
Featured Sun, 27 Mar 2022

Aedy Ashraf Lamar Amelia Henderson Jadi Kekasih Hati Secara Terbuka… – “She Said Yes”

2 tahun menanti, Akhirnya Aedy Ashraf berani meluahkan rasa cintanya kepada Amelia Henderson. Bersemutttt..!

Hiburan Mon, 18 Dec 2017

“GELI TEKAK NAK PANGGIL KAU DATO” – BOY IMAN

Selain itu, netizen turut mengkritik Farid dengan mengatakan bahawa gelaran yang diberikan kepadanya tidak memberi sebarang “value”. Fuh! sampai macam tu sekali komen netizen.

Featured Sat, 26 Apr 2025

Nikki Palikat Curah Perih Dalam ‘Malam Nestapa’

Nikki Palikat sedia menyahut cabaran apabila diberi kepercayaan menyanyikan lagu OST Filem Gayong ini.

Featured Fri, 13 Mar 2026

“Listen To Your Body, Jangan Terus Hentam Exercise” – Uyaina Arshad

Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad berkongsi pesanan buat para ibu yang baru melahirkan anak supaya tidak terburu-buru melakukan senaman sebelum tubuh benar-benar pulih sepenuhnya.

#tilljannah Wed, 14 Dec 2022

Nyanyian Setanggi Syurga Suami Buat Tasha Manshahar, Peminat Puji Kelunakan Suara Raqib Majid

Sudah lama tidak mendengar berita mengenai Tasha Manshahar yang menyepi dari dunia nyanyian. Kini selesa bertugas selaku pendidik, Tasha bahagia bersama suami, penyanyi Raqib Majid dan dua orang anak, Muammar dan Mateen. @iamtashamanshahar Best jugak […]

Hiburan Wed, 15 Nov 2017

AYDA KECEWA; NETIZEN KECAM!

Sebagai tanda protes lagu itu tidak sesuai disenaraikan di Pentas AJL32, kali ini giliran Ayda Jebat pula dikecam netizen dan dilabel sebagai tidak bersyukur atas keputusan juri.

error: Content is protected !!