Hiburan By: SGMS Faida April 2, 2019 @ 4:26am

Fathia Latiff Teruja Tudung ‘Nona Manis’ Laku, Bakal Tampil Dengan Single Pula!

Pelakon Fathia Latiff memaklumkan dia kini sibuk menjalankan perniagaan tudung berbanding lakonan.

Fathia yang merupakan pengasas tudung ‘Nona Manis’ memaklumkan teruja menerima banyak maklum balas di media sosial.

“ Buat masa ini, saya sibuk dengan perniagaan. Saya masih minat berlakon tetapi mungkin rezeki lebih ke sini buat masa ini.

“ Tudung ‘Nona Manis’ turut menerima 10,000 tempahan di Instagram dan penjualan di Mood Republic. Sudah tentu berita ini amat menggembirakan saya,” kata Fathia besar kemungkinan ‘Nona Manis’ akan menyertai sebuah pertunjukan fesyen April ini.

Dalam perkembangan lain, pelakon berusia 32 tahun ini bakal tampil dengan sebuah single dalam masa terdekat.

“ Tak banyak yang boleh saya kongsi kerana terlalu awal. Apa yang boleh saya katakan, lagu itu berjudul ‘Jika Aku Tahu’ sebuah lagu bergenre balada.

“ Lirik dan lagu sudah siap malah saya turut bermain piano dalam lagu itu nanti. Saya akan bercerita lebih lanjut mengenai lagu itu nanti,” akhirinya ringkas.

Untuk rekod lama, Fathia pernah membintangi banyak drama popular antaranya Nur Kasih, Stanza Cinta, Dalam Setiap Sujud, Ariana Rose dan banyak lagi.

Wartawan: SGMS Fas/ Azroy

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Sep 2022
Hiburan Tue, 15 Jan 2019
Featured Mon, 19 Sep 2022
Featured Wed, 11 May 2022

“360 Dia Ubah Saya…” – Rosnah Mat Aris Bahagia Kahwin Lelaki Muda

Semoga rumahtangga Kak Ros terus bahagia selamanya…

Hiburan Wed, 19 Apr 2023

TV3 & TV9 Bakal Menyajikan Program Program Menarik Sempena Syawal

Jangan lupa saksikan pelbagai program menarik syawal ini di TV3 dan TV9!

Hiburan Wed, 29 Mar 2023

| Live TV

error: Content is protected !!