Categories: Gaya Hidup

Saya Bangga Dan Bersyukur Dengan Kulit Melayu Saya – Nabila Huda

Kalau artis lain dok sibuk suntik sana suntik sini, makan pil itu dan pil ini demi mendapatkan kulit gebu-gebas secerah bintang Kpop, pelakon hebat  lagi versatil, Nabila Huda Suhaimi, 34, pula cukup berbangga malah bersyukur dengan kulit ‘tanned‘ nya.

Anak sulung kepada rocker terkenal, Amy Search, ini yang mesra disapa Abil, mengakui tidak pernah teringin untuk mencuba pil pencerahan kulit, kerana bersyukur dengan kulit ‘sawo matang’ yang menjadi identitinya sejak dulu  selain mensyukuri nikmat kurniaan Ilahi seadanya.

“Saya bukan nak  bangga tetapi bersyukur memiliki kulit yang sempurna. Kulit tanned atau sawo matang melambangkan ciri-ciri seorang wanita Melayu terakhir (ketawa).

“Dengan kulit sebegini orang tahu saya adalah wanita Melayu dan saya bangga menjadi bangsa Melayu. Saya berani kata yang saya sama-sekali tidak pernah mengambil pil pencerahan kulit,” katanya.

Akui ibu kepada kanak-kanak bernama Keisha Laila itu berpendapat wanita tidak seharusnya obses menjadi putih. Sebaliknya cukup sekadar memilih kulit yang bersih dan sihat.

“Contoh kalau mengamalkan pemakanan pil pencerahan kulit, untuk ‘maintain’ anda perlu mengambilnya secara konsisten sampai dah tua kerepot. Bayangkan bila tua nanti anda tidak lagi dapat maintain ubat pemutih, ia akan menyebabkan kulit anda kembali ke warna asal. Bagaimana agaknya penerimaan anda masa itu apabila tidak lagi putih.

http://www.elle.my

“Jadi pada pendapat saya, tak perlu membazirkan duit untuk membeli pil dan mengambil suntikan pencerahan kulit semata-mata mahu menjadi ‘Snow White’ kerana selain ianya tidak kekal, bahan kimia yang terdapat di dalam produk pemutihan kulit boleh memudaratkan kesihatan.

“Lagipun pengambilan ubat pencerahan kulit boleh merisikokan pengguna terutamanya ketika di berada di bawah panas terik matahari,” katanya.

Bintang utama drama bersiri Aurora itu menambah, setiap orang  dijadikan berbeza-beza. Namun setiap perbezaan itu pasti ada keunikannya. 

“Tiada manusia yang sempurna. Bagi saya semua perempuan ini dunia ini canik selain dilahirkan dengan keistimewan  masing-masing. Jadi tidak perlulah  mengubah muka asal atau kulit wajah,” katanya.

Foto: Nizarhafiz Mustafa

Yanie Baharom