Categories: Gaya Hidup

Tiada Makanan Halal Di Disneyland Tokyo? Kedai Ini Boleh Deliver Bento Halal Untuk Anda

Kalau anda melancong ke Tokyo, rugi kalau tak singgah ke Disneyland. Memang kena pergi!

Yang tak syoknya, taman tema itu tak menyediakan pilihan makanan halal untuk pengunjung-pengunjung Muslim.

Lainlah kalau anda pandai-pandai bawa makanan sendiri (lecehnya!) atau pilih makanan vegetarian di gerai-gerai makanan yang ada.

Jangan risau! Kini ada servis food delivery oleh Japan Halal Kitchen yang boleh dihantar terus ke Disneyland untuk para pelanggan.

Restoran ini mempunyai dapur yang disahkan halal, dan ia menawarkan bento, iaitu nasi putih dan lauk yang dihidangkan dalam bekas makanan. Ia sama saja seperti nasi bungkus tapi makanan tersebut dihidangkan dalam kotak plastik. 

Foto: Japan jaha bento ジャハ

Lauk-lauk yang disediakan pun menarik! Ada masakan asli Melayu seperti Malaysian Satay dan Beef Rendang. Selain itu, ada juga menu Grilled Salmon With Prawn, Teriyaki Beef dan Kaarage Chicken.

Yang menariknya, bento ini datang dengan fungsi yang membolehkan ia perhangat sendiri. Apa yang anda perlu buat ialah cuma tarik sehelai tali yang melekat pada bekas bento itu dan tunggu 5 minit. Lepas itu, makanan anda gerenti akan panas. Tapi buat masa sekarang, hanya sesetengah jenis bento saja yang ada fungsi ini.

Foto: Japan jaha bento ジャハ

Anda boleh makan bento anda di mana-mana dalam taman tema Disneyland ini, ataupun di tempat khas untuk berkelah yang disediakan. Kalau ada pekerja yang tanya, cakap saja anda perlu makan makanan tersebut disebabkan diet anda.

Sebekas bento berharga di antara ¥780 ke ¥1580 dan anda boleh request untuk ia dihantar ke mana-mana saja di Tokyo. Kos penghantaran ke Tokyo berharga ¥500 (flat rate) manakala ke Disneyland pula harganya ¥1000.

Untuk membuat tempahan, hantarkan mesej di laman Facebook mereka ataupun hantarkan email ke jahaltdco@gmail.com.

Jadi, lepas ini tak perlulah anda gusar lagi ketika bersuka ria di Disneyland Tokyo, ataupun berlapar. 

Sumber: Have Halal Will Travel

Ad Ops