Categories: Gaya Hidup

Cabut Bulu Dengan Menggunakan 3 Bahan Ini, Simple dan Gerenti Licin!

Seorang wanita seharusnya menjaga kebersihan diri agar sentiasa lebih berkeyakinan. Tidak kiralah melalui penjagaan muka ataupun anggota badan.

Pernah tak anda berasa tidak selesa apabila ada sebahagian anggota badan mula tumbuh bulu? Contohnya bahagian ketiak, kaki, kemaluan dan sebagainya.

Pastinya kalau anda nak cabut bulu menggunakan pencabut bulu itu akan mengambil masa yang lama kan? Ada juga dalam kalangan kita tidak mahu mencukur sebab takut kesan cukur itu akan menjadi hitam. Jadi, macam mana ya?

Jangan risau, anda boleh mencuba cara tradisonal puan Rusmida Rusdi ini untuk menanggalkan bulu dengan mudah dan cepat. Menariknya, ia menggunakan bahan organik dan tidak akan memberi kesan sensitif kepada anda! 

Bahan-bahannya:

1 Cawan gula

1/4 Cawan air

1/4 Air perahan lemon

Cara-caranya:

Masukkan kesemua bahan tersebut ke dalam periuk kecil dan pasangkan api. Kacau rata hingga ia mendidih, selama 5 ke 7 minit. Kemudian tutup api dan biarkan ia menjadi sticky.

Cara kegunaan:

Apabila campuran itu telah menjadi suam, anda boleh sapukan pada tempat yang anda inginkan buangkan bulu, seperti ketiak ataupun betis. Biarkan ia kering dan kemudian tarik dengan pantas. Anda akan merasakan sedikit pedih pada bahagian tersebut dan untuk mengurangkan rasa sakit, sapukan pelembap.

Siap! Anda akan melihat semua bulu-bulu akan tercabut dan permukaan kulit akan menjadi licin. 

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Rusmida Rusdi

tex_admin