Hiburan By: SGMS Enal May 13, 2019 @ 3:53pm

1000 Pembeli Terawal Vivo V15 Bakal Dapat Baucar SimplySiti

Vivo telah memperkenalkan telefon pintar V15 dalam warna Blossom Pink yang bakal berada di pasaran bermula 18 Mei ini.

Telefon pintar edisi terhad ini bakal dijual dengan harga RM 1299. Setiap pembelian Vivo V15 Blossom Pink disertakan dengan pelembap udara Eksklusif berwarna merah jambu.

Selain itu, Vivo telah bekerjasama dengan produk kecantikan SimplySiti dengan menawarkan pemberian baucar istimewa bernilai RM 50 bagi setiap pembelian telefon pintar ini.

Istimewanya, pemberian baucar hanya diberikan kepada 1000 pembeli awal sahaja. Baucar boleh digunakan untuk pembelian produk SimplySiti termasuk koleksi SimplySiti Red Collection.

Susulan pelancaran koleksi SimplySiti Red baru-baru ini, Vivo Malaysia berharap dengan kerjasama ini dapat memenuhi permintaan pengguna telefon pintar di Malaysia seterusnya menawan hati peminat penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

V15 memiliki skrin nirtakuk berukuran 6.53-inci HD Penuh+. Ia dikuasakan cip pemproses Mediatek Helio P70, RAM 6GB, dan storan dalaman 128GB. Kad mikroSD diterima untuk storan tambahan.

Kamera hadapannya boleh disembunyikan di belakang skrin. Ia menggunakan sensor 32MP yang sama dengan V15 Pro. Di belakang pula, ia dilengkapi tiga kamera iaitu lensa utama 12MP, lensa ultra lebar 8MP dan lensa pengesan kedalaman 5MP.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 22 Dec 2022

Pandainya! Gelagat Anak Saharul Ridzwan Selawat Curi Tumpuan Ramai

Perkongsian video pelakon Saharul Ridzwan bersama dua anaknya, Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra sedang berselawat sambil memegang kompang menarik perhatian. Apa yang mencuri perhatian ramai adalah kepandaian dan kesungguhan Ali dan Fateema yang menghabiskan […]

Events Tue, 13 Nov 2018

Kutipan 7UJUH Cecah RM 600,000 Lepas Lima Hari Tayangan

Raja Mukhriz Raja Ahmed Kamaruddin memaklumkan dia terkejut dengan sambutan penonton setakat ini.

Hiburan Wed, 18 Aug 2021

“Pakai Baju Kelawar Isteri, Jadi Hantu.. Pakailah Elok-Elok Untuk Ambil Vaksin” – Hafiz Hamidun

Penyanyi, komposer dan penerbit muzik, Hafiz Hamidun memberikan nasihat supaya orang ramai berpenampilan elok serta bersesuaian ketika mendapatkan vaksin. Menurut pelantun lagu Jodoh Berdua ini, sebarang gimik keterlaluan dalam berpakaian tidak diperlukan ketika mengambil suntikan […]

Hiburan Sat, 7 Dec 2019

“Bukannya Saya Ada Suami Untuk Dijaga..” – Uqasha Senrose Tak Cerewet

Pelakon jelita Uqasha Senrose bersyukur kerana tetap menerima tawaran lakonan dan sentiasa murah rezeki walaupun sering dihambat kontroversi sepanjang hampir sedekad dalam dunia hiburan.  Memetik laporan BH Online, Uqasha mendakwa jadual kerjanya begitu padat terisi […]

Hiburan Tue, 3 Dec 2019
Events Sat, 5 Jan 2019

「五福星」再发贺岁专辑!伍家辉望占贺岁市场一席位

阔别5年,五福星再度发行全新创作新年歌《五福星又报喜》!伍家辉首当贺岁歌曲制作人,望能占大马贺岁市场一席之位。