Categories: Hiburan

11 Tahun Bersendiri, Anak Tak Izin Azharina Cari Boyfriend?

“ Mummy jangan ada boyfriend tau,” itu antara ayat yang sering keluar dari mulut anak kepada penyanyi Azharina Azhar setiap kali disoal tentang jodoh baru ibunya.

Kata penyanyi lagu Cinta Terbagi Dua ini, dua putera kesayangannya iaitu Rahmat Azharin Azhar Abdullah dan Redha Azharin Azhar yang kini berusia lima tahun dan dua tahun amat risau sekiranya diberikan daddy baru.

“ Anak saya yang sulung memang sangat petah orangnya. Ada sahaja yang nak dibualkan. Satu hal yang menyentuh hati saya, dia tidak mahu saya berkahwin lain kerana bimbang kasih sayang saya terhadapnya akan berkurang.

“ Budak-budak lagi kan…saya layankan saja,” katanya sambil ketawa.

Dalam masa sama, penyanyi berusia 34 tahun ini memberitahu dia sebak apabila Rahmat pernah bertanyakan soalan yang menyentuh perasaan sebagai seorang ibu.

“ Pernah satu ketika dia datang kepada saya dan tanya ‘Mummy ambil Rahmat dekat mana?’. Saya terduduk dan menangis sekejap. Lebih hiba apabila dan menjawab sayalah mummy dunia akhirat buat Rahmat.

“ Saya juga hairan bagaimana kanak-kanak sekecil itu boleh bertanyakan soalan sebegitu. Bila dia lihat saya menangis dia beritahu tidak mahu lagi bertanya soalan sama selepas ini,” katanya.

Azharina juga memakl buah hatinya itu sudah dimaklumkan tentang ibu-bapa kandungnya yang merupakan sepupu kepada penyanyi ini.

Terdahulu, Azharina memiliki seorang anak angkat Rizqie Azharin Azhar yang meninggal dunia pada Mac 2017.

SGMS Faida