Categories: Oh Lawa

Anting-anting tidak sepadan menjadi gaya terkini, ini cara untuk menggayakannya

Sesetengah wanita gemar memakai sepasang saja subang atau anting-anting dalam jangka masa yang lama dan hanya akan menanggalkannya apabila terasa ingin mencuba gaya baharu.

Ada wanita pula gemar menukar anting-anting mereka untuk mengikut gaya pemakaian.

Jika anda juga seorang peminat aksesori ini, tidakkah anda rasa bosan dengan pilihan aksesori yang dihasilkan secara sepasang?

Penulis sendiri memakai subang yang bertali di sebelah telinga dan subang jenis skru di telinga satu lagi. Kalau sama sahaja kedua-duanya, tentu tidak menarik!

Dengan mempelbagaikan gaya aksesori telinga, penampilan keseluruhan anda pasti akan bertambah unik dan versatil serta menarik perhatian.

Bagaimanapun, jika anda memilih untuk menggayakan anting-anting atau subang yang berlainan, seelok-eloknya bentuk dan gaya fesyen aksesori itu mesti berkaitan antara satu sama lain. Sama tetapi tidak serupa.

Pilih gaya yang sama, tetapi warna yang berbeza atau pilih sepasang yang mempunyai dua jenis bentuk yang berbeza, tetapi tetap berkaitan, untuk mewujudkan rupa yang menarik perhatian.

Inginkan sesuatu yang lebih ketara? Pilih sepasang anting-anting yang mempunyai kepanjangan berbeza di setiap belah. Anda pasti gemar mengubahnya dari satu telinga ke telinga lain.

Sebenarnya ada sesetengah kedai yang menjual subang yang bukan dibuat secara sepasang, tidak kiralah subang jenis gegelung, subang dengan batu permata ataupun subang jenis skru.

Anda boleh beli cuba untuk memadankan dua daripadanya, ataupun beli satu dan padankannya dengan subang yang sudah anda miliki.

Jika anda tidak tahu untuk memadan suai, di pasaran ada pelbagai jenis pasangan subang yang nampak tidak sepadan.

Sumber: Cosmopolitan

Ad Ops