Categories: HiburanSelebriti

12 Hari Di ICU, Mamat Khalid Mula Buka Mata Buat Kali Pertama

Pengarah dan penerbit terkenal dengan elemen komedi di dalam filem-filemnya ini dikhabarkan sudah mula membuka matanya buat kali pertama sejak ditempatkan di ICU di Petaling Jaya.

Menurut anak keempat beliau, Mohd Khalid Amen, 23 doktor memaklumkan ayahnya semakin menunjukkan kemajuan walaupun dos ubat dikurangkan dan walaupun hanya membuka mata sekejap dan kemudian tidur semula, namun itu adalah tindak balas fizikal yang baik. Tetapi, keadaan beliau masih belum mengizinkan Mamat Khalid dipindahkan ke wad biasa.

” Alhamdulillah, walaupun tempoh kali ini paling lama ayah berada di ICU, paling penting kesihatannya kembali seperti sedia kala. Sekarang ayah sudah boleh bernafas sendiri, cuma doktor mahu jantungnya terus stabil selain enggan tergesa-gesa membuka alat bantuan pernafasan”

” Kami sekeluarga mahu dia berehat dulu dan berdoa semoga dia betul-betul sembuh” Katanya

Sebelum ini, Mamat Khalid, 56, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal pada 25 Januari lalu akibat masalah jantung dan paru-paru.

Salma Syahbuddin