2 Ahli Kumpulan BTS, Rap Monster & Jin Positif Covid-19

Syarikat agensi kumpulan BTS, Big Hit Music memberitahu dua lagi ahli kumpulan itu, Rap Monster (RM) dan Jin telah dijangkiti wabak Covid-19 pada Sabtu selepas pulang dari konsert mereka di Amerika Syarikat.

RM, 27, dan Jin, 29, disahkan postif sehari selepas seorang ahli mereka, Suga disahkan postif wabak itu.

Walaubagaimanapun, syarikat itu menjelaskan ketiga-tiga mereka sudah lengkap vaksinasi Covid-19.

Pada mulanya, RM yang merupakan penyanyi rap bagi kumpulan itu dan Jin yang merupakan vokalis disahkan negatif wabak terbabit semasa baru sahaja sampai di Korea Selatan awal bulan ini.

Konsert yang diadakan di Amerika Syarikat tersebut merupakan konsert pertama mereka selepas konsert mereka yang diadakan pada 2019 sebelum pandemik melanda.

Namun, RM yang ditemui postif ujian calitan Covid-19 ketika dia sudah tamat kuarantin wajib tidak mengalami sebarang gejala.

Manakala Jin atau nama sebenarnya Kim Seok Jin duji negatif pada kali kedua semasa tamat kuarantin tetapi disahkan mempunyai wabak itu setelah mengalami gejala yang ringan.

Big Hit berkata kedua-dua ahli kumpulan itu tidak mempunyai sebarang hubungan dengan ahli lain selepas mereka kembali ke Korea Selatan.

Sumber & Kredit foto: Reuters

Arfah